awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Trio pecut wanita Britain menang emas, pecah rekod dunia

Bernama
Bernama
06/08/2024
02:30 MYT
Olimpik Paris 2024: Trio pecut wanita Britain menang emas, pecah rekod dunia
Trio Katy Marchant, Sophie Capewell dan Emma Finucane mencipta rekod baharu dunia dengan catatan masa 45.186s dalam acara pecut berpasukan wanita. - Foto AP
PARIS: Britain mencipta rekod baharu dunia dengan catatan masa 45.186 saat (s) untuk memenangi emas dalam acara pecut berpasukan wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada Isnin.
Trio Katy Marchant, Sophie Capewell dan Emma Finucane menewaskan trio New Zealand, Rebecca Petch, Shaane Fulton, dan Ellesse Andrews, yang mencatatkan masa 45.659s, lapor Xinhua.
"Saya kehilangan kata-kata, ia benar-benar luar biasa," kata Marchant yang dipanggil menyertai pasukan pada saat akhir dan kali terakhir meraih pingat Olimpik adalah pada 2016.
Finucane juga gembira dengan berkata: "Kami telah bekerja keras untuk ini dan proses adalah kuncinya," katanya.
Acara pecut berpasukan melibatkan tiga pelumba yang berlumba sejauh 750 meter (tiga pusingan) mengelilingi trek dengan seorang pelumba 'tidak meneruskan saingan' selepas setiap pusingan, meninggalkan seorang pelumba dari setiap pasukan untuk melintasi garisan penamat.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#rekod baharu
#pingat emas
#acara pecut berpasukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan