ONE Championship, organisasi seni mempertahankan diri terbesar dunia mengumumkan perjanjian selama tiga tahun bersama Turner Sports bagi menyiarkan siaran secara langsung dan program khas di Amerika Syarikat bermula 2019.

Kerjasama yang sedang dijalankan itu akan dimulakan dengan promosi awal bagi perlawanan pertama untuk tahun 2019 iaitu ONE: ETERNAL GLORY di Jakarta, Indonesia, pada Sabtu, 19 Januari 2019.

Bagi acara utama, Juara Dunia ONE Strawweight Joshua “The Passion” Pacio akan mempertahankan gelarannya menentang lawan yang terakhir menumpaskan beliau — Hayato Suzuki dari Jepun.

Program B/R Live, yang merupakan perkhidmatan streaming secara langsung bagi acara sukan Turner adalah destinasi utama ONE, malah, TNT juga akan menyiarkan sebanyak 12 perlawanan selama sejam yang dirakam lebih awal.

Presiden Turner Sports, Lenny Daniels, memberitahu bahawa perjanjian itu adalah perkongsian yang sempurna dan seiring dengan cita-cita-cita organisasi.

“ONE Championship adalah salah satu organisasi seni mempertahankan diri yang paling popular di dunia dengan jumlah peminat daripada generasi Y yang mempunyai minat mendalam terhadap sukan itu sekali gus menjadikan ia saluran paling sesuai untuk B/R Live dan TNY,” katanya.

“Kita akan cuba memanfaatkan setiap peluang dalam portfolio kami untuk bekerjsama dengan ONE Championship dan membantu meluaskan rangkaiannya di Amerika Syarikat.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ONE, Chatri Sityodtong, mengumumkan perkara itu melalui Twitter pada lewat malam Khamis lalu.

“Kita sangat teruja untuk bekerjasama dengan Turner Sports, peneraju industri yang sangat ikonik dalam kandungan sukan premium untuk membawakan aksi seni mempertahankan diri bertaraf dunia kepada peminat di Amerika Syarikat,” katanya.

“Sebagai penaung seni mempertahankan diri, ONE Championship mempunyai formula mudah iaitu berkongsi nilai, para perwira dan kisah yang boleh bergema di seluruh pelusuk dunia.

“Kami sangat menanti-nantikan saat untuk mempersembahkan artis seni mempertahankan diri terhebat dunia.

Maklumat lanjut mengenai jadual dan informasi pengahihan kandungan siaran akan dimaklumkan pada tarikh akan datang, namun perjanjian itu menunjukkan kekuatan ONE dalam pasaran selepas memecahkan rekod pada 2018, ini termasuk penambahan ONE Super Series ke dalam atur caranya.

Tahun ini nyata menjadi lebih baik untuk organisasi yang berpangkalan di Asia Tenggara itu dengan pengumuman menandatangani Juara Dunia beberapa kali, Eddie “The Underground King” Alvarez dan Juara Dunia paling dominan dalam sukan Demetrious “Mighty Mouse” Johnson.

ONE turut mengalukan kedatangan seorang lagi Juara Dunia iaitu Miesha Tote, yang akan berkhidmat sebagai Naib Presiden syarikat itu.