awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Otai' Misbun Sidek masih berbisa

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
06/02/2022
13:33 MYT
'Otai' Misbun Sidek masih berbisa
Pada usia 61 tahun, bekas jurulatih jaguh perseorangan negara itu dilihat masih hebat di gelanggang badminton dengan pukulan 'smash' yang masih berbisa. - Gambar/ Twitter @misbunsidek
KUALA LUMPUR: Siapa tidak kenal Datuk Misbun Sidek yang masih dikenang sebagai legenda badminton negara.
Pada usia 61 tahun, bekas jurulatih jaguh perseorangan negara itu dilihat masih hebat di gelanggang dengan gerakan serta pukulan 'smash' yang masih berbisa.
Aksi itu dimuat naik Misbun di laman Twitternya pada Ahad.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter melahirkan rasa kagum dengan Misbun yang masih lincah beraksi di gelanggang.
MY PRACTICE: Fast full court attacking and front defence. pic.twitter.com/FIkVOTBAKr
— Misbun Sidek (@misbunsidek) February 6, 2022
Malah, ada juga yang memberi usikan dengan mengatakan bagaimana Misbun mendapat tenaga sedemikian pada usianya sedangkan mereka yang masih muda tidak seaktif itu.
Misbun kini merupakan Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dilantik memegang jawatan itu pada Februari 2020.
BACA : Misbun mahu barisan muda menyinar di Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2022
Untuk rekod, Misbun pernah memenangi kejuaraan antarabangsa pertama ketika kejohanan Terbuka Jerman pada 1981.
Pada ketika itu juga, beliau adalah antara pemain perseorangan utama negara sehinggalah menggantung raket pada 1989.
Misbun merupakan jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan sejak 2003 hingga 2010.
Beliau kemudian kembali memegang jawatan itu pada 2017.
BACA: Zii Jia, kembalilah ke pangkal jalan - Misbun
Topic Berkaitan
#Misbun Sidek
#legenda badminton negara
#Malaysia
#bekas jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan