awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2014

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2014
13:58 MYT
Pahang muncul juara Piala Malaysia 2014
Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi oleh penyokong kedua-dua pasukan sejak awal-awal lagi - Foto Bernama
Skuad Tok Gajah, Pahang berjaya muncul juara Piala Malaysia 2014 apabila menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada penentuan sepakan penalti 5-3 di perlawanan akhir yang berlangsung di di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu malam.
Dalam perlawanan itu, Pahang yang berjersi serba kuning terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Dickson Nwakaeme pada minit ke 14 untuk mendahului dengan 1-0.
Dickson Nwakaeme
Dickson Nwakaeme
Pemain Pahang Dickson Nwakaeme meraikan gol pertama Pahang pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia - Foto Bernama
Bagaimanapun pasukan JDT yang berjersi merah biru berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jorge Pereyra pada minit ke 30 untuk mengikat kedudukan satu sama.
Kedudukan tidak lama apabila giliran skuad JDT pula mendahului 2-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke 33 yang disempurnakan oleh Luciano Figueroa.
Kedudukan 2-1 memihak JDT pada separuh masa.
LIHAT GALERI FOTO AKSI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA
Separuh masa kedua bersambung dengan Pahang meningkatkan asakan ke kubu JDT.
Bagaimanapun skuad pimpinan Zainal Abidin Hassan terpaksa beraksi dgn 10 pemain apabila Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah pada minit ke 66 selepas mengasari Amri Yahyah.
Namun itu tidak mematahkan semangat skuad Tok Gajah apabila Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 70, sekali lagi hasil jaringan Dickson Nwakaeme sekaligus mengikat kedudukan dua sama.
Kedua-dua pasukan diheret ke masa tambahan selepas tamat masa penuh perlawanan.
Kedudukan masih buntu tanpa sebarang jaringan pada 30 minit waktu tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.
Kegagalan Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan sepakan penalti membuka ruang buat Pahang muncul juara dengan kemenangan 5-3.
Piala Malaysia
Piala Malaysia
Foto Bernama
Topic Berkaitan
#bola sepak
#JDT
#Pahang
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan