RATU terjun negara, Pandelela Rinong, berazam menukar warna pingat di Sukan Olimpik Rio 2016 selepas menjadi antara harapan utama meraih emas sulung Malaysia.
Pandelela mencetus keghairahan apabila muncul atlet pertama negara melayakkan diri ke Rio susulan kejayaannya layak ke final Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Julai tahun lalu.
Penerjun Sarawak ini bakal membuat penampilan ketiga di Olimpik selepas Beijing 2008 dan London 2012.
Sejarah tercipta dalam temasya empat tahun lalu apabila Pandelela muncul atlet wanita pertama negara meraih gangsa.
"Harapan saya ialah dapat melakukan yang terbaik dan aksi saya diharap mampu mengagumkan barisan pengadil.
"Bagi saya, tiada apa yang istimewa kerana dalam pertandingan apa pun, setiap penerjun memulakan saingan dengan markah kosong," jelasnya.
Bagaimanapun, Pandelela berdepan cabaran lebih getir kali ini, terutama dalam aspek tekanan, kerana diletakkan harapan menggunung untuk membawa pulang emas.
"Kali ini, saingan di Rio lebih kuat dan saya juga nampak beberapa negara sudah mula maju dalam sukan ini. Atlet negara perlu berlatih lebih giat untuk menyaingi negara lain."
Astro Arena
Sat Jul 09 2016
Penerjun Sarawak Pandelela Rinong bakal membuat penampilan ketiga di Olimpik Rio selepas Beijing 2008 dan London 2012.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Pandelela sedia pikul tugas bawa pulang emas
Pandelela mencetus keghairahan apabila muncul atlet pertama negara melayakkan diri ke Rio susulan kejayaannya layak ke final Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Julai tahun lalu.