awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panel penasihat teknikal BAM dianggotai 7 bekas pemain kebangsaan

Bernama
Bernama
03/02/2023
15:28 MYT
Panel penasihat teknikal BAM dianggotai 7 bekas pemain kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan sebuah panel penasihat teknikal terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan dan tujuh eksekutif sukan, bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan sebuah panel penasihat teknikal terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan dan tujuh eksekutif sukan, bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.
Dalam satu kenyataan yang dikelaurkan hari ini, BAM berkata ahli panel penasihat itu terdiri daripada bekas wakil negara ke Sukan Olimpik Datuk Lee Chong Wei, mantan pemain perseorangan lelaki kebangsaan Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock, bekas beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.
Bekas-bekas pemain itu akan menyertai Preiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku pengerusi panel itu dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli.
"Termasuk Naib-Naib Presiden BAM Datuk Teoh Teng Chor dan Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh Chee Keong, selain bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan Ketua Pengarah MSN sekarang Datuk Ahmad Shapawi Ismail," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, Panel Penasihat Teknikal ini berkhidmat tanpa bayaran dan akan menyediakan input, nasihat dan bimbingan strategik tambahan kepada Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Akademi Badminton Malaysia (ABM) dengan sasaran meningkatkan prestasi pemain bagi matlamat strategik jangka panjang untuk penyudah podium di Sukan Olimpik, Acara Pelbagai-Sukan dan kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) .
"Panel Penasihat Teknikal ini yang akan bermesyuarat setiap suku tahun, akan menilai prestasi pemain dan jurulatih serta jika diperlukan membuat cadangan perubahan di dalam dasar, program latihan dan penglibatan kejohanan kepada Lembaga Pemegang Amanah," katanya.
Mesyuarat pertama panel berkenaan akan diadakan penghujung bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Malaysia
#BAM
#panel penasihat teknikal
#bekas pemain badminton kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan