awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paris 2024 perkenal 'The Phryges' sebagai maskot rasmi Olimpik

Agensi
Agensi
14/11/2022
12:48 MYT
Paris 2024 perkenal 'The Phryges' sebagai maskot rasmi Olimpik
'The Phryges' mempunyai perbezaan dari segi saiz dan rekaan di bahagian kaki bagi dua edisi Olimpik Paris 2024. - Gambar/ @Paris2024
PERANCIS memperkenalkan maskot rasmi bagi sukan Olimpik dan paralimpik 2024 pada Selasa.
Rekaan maskot Olimpik berwarna merah dan biru itu dikenali sebagai 'The Phryges' berbentuk segi tiga sebagai simbol kepada topi Phrygian yang menjadi simbol kebebasan sejarah revolusi Perancis.
Kedua-dua maskot itu mempunyai perbezaan dari segi saiz dan rekaan di bawah kaki, selain dilengkapi hiasan bendera Perancis di bahagian mata.
"Semangat dan sejarah Perancis yang membuatkan kami tampil dengan rekaan maskot ini.
"Maskot ini menampilkan semangat falsafah, budaya dan cara hidup masyarakat Perancis," kata Julie Matikhine, Pengarah Jenama Paris 2024.
Berbeza dengan penganjuran Olimpik-Olimpik terdahulu yang sering menampilkan rekaan haiwan, beliau berkata penganjuran kali ini mahu menampilkan sesuatu yang ideal dan berbeza.
Ini terserlah menerusi maskot bagi edisi paralimpik yang mana rekaan kaki palsu atau prostetik diguna untuk menambah nilai keunikan pada maskot berkenaan.
Topic Berkaitan
#Paris 2024
#The Phryges
#Olimpik 2024
#maskot rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan