awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Pulau Pinang jangka terima kemasukan lebih 8 juta pelancong melalui LTAPP tahun ini
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan profesional negara mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
06/09/2019
21:15 MYT
Pasangan profesional negara mara ke separuh akhir
Pasangan yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ini akan menentang pasangan dari Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen pada pertembungan separuh akhir hari ini. - Gambar fail
Pasangan beregu profesional negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Taiwan 2019 pada Jumaat.
Pasangan yang menduduki ranking ke-15 dunia ini dengan bergaya menundukkan bekas pasangan nombor satu dunia Lee Yong Dae-Kim Gi Jung dari Korea Selatan 21-18, 21-19 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 37 minit.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu seterusnya akan menentang pasangan dari Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen pada pertembungan separuh akhir hari ini.
Terdahulu, beregu Denmark itu bergelut di rubber set getah sebelum menang 21-16, 19-21, 21-17 ke atas pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga mara ke separuh akhir beregu campuran selepas menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rinaldy-Pitha Mentari 18-21, 21-14, 21-14.
Pasangan beregu ranking kelima dunia itu dijangka berdepan pasangan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet pada separuh akhir.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasangan beregu pilihan ketiga negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tumpas kepada pasangan dari Korea Selatan Choi Solgyu-Seo Seung Jae 18-21, 14-21.
Dalam pada itu, pemain perseorangan negara, Cheam June Wei turut tersingkir apabila tewas kepada Chou Tien Chen 11-21, 21-15, 17-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#beregu profesional
#Denmark
#Goh V Shem
#Hong Kong
#Korea Selatan
#Olimpik
#sukan
#Taiwan
#Tan Wee Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan