awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PASTA harap dapat kemudahan gelanggang lebih sempurna untuk latihan

Astro Arena
Astro Arena
04/08/2015
03:00 MYT
PASTA harap dapat kemudahan gelanggang lebih sempurna untuk latihan
Mohammad berkata, bukan saja empat gelanggang utama berkenaan perlu dibaiki dengan kadar segera, malah pihaknya juga berharap agar mereka diberi kemudahan gimnasium dalam waktu terdekat ini. - Gambar Astro ARENA
Projek Akademi Sepak Takraw Terengganu (PASTA) berharap kemudahan infrastruktur sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini dinaik taraf bagi terus memperkasakan sukan itu di negeri ini.
Pengerusi Bersama PASTA, Dr Mohammad Omar berkata sebanyak RM300,000 diperlukan untuk membaik pulih infrastruktur sukan di sekolah itu terutama empat gelanggang latihan yang digunakan oleh pemain sekolah berkenaan.
"Ini sangat penting agar pemain di PASTA dapat memberi fokus jitu dalam setiap latihan mereka memandangkan selama ini mereka sedia berlatih walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna.
Sudah lama kita 'baik hati' dengan meminjamkan pemain elit bawah 15 dan 18 tahun kita kepada majlis sukan negeri malah skuad kebangsaan.
Namun, ia agak menyedihkan apabila realitinya, pemain terpaksa berlatih di gelanggang yang uzur," katanya ketika ditemui pemberita di majlis sambutan Aidilfitri bersama pemain PASTA di sini.
PASTA yang ditubuhkan pada bulan Julai 1999 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu bertujuan melahirkan lebih ramai pemain sepak takraw yang unggul di persada dunia.
Ketika ini terdapat 36 pelajar menyertai PASTA yang mana latihan dibuat pada sebelah petang sahaja kerana tidak mahu mengganggu sesi pembelajaran pada waktu pagi.
Mohammad berkata, bukan saja empat gelanggang utama berkenaan perlu dibaiki dengan kadar segera, malah pihaknya juga berharap agar mereka diberi kemudahan gimnasium dalam waktu terdekat ini.
"Ketika ini, pemain terpaksa menggunakan gimnasium di pusat sukan majlis sukan negeri negeri namun ia tidak begitu praktikal kerana untuk berulang alik ke MSN, dikhuatiri akan mengganggu tumpuan mereka dalam pelajaran.
Lagipun, kewujudan gimnasium di akademi amat penting memandangkan pemain perlu berlatih untuk memastikan tahap kecergasaan mereka di tahap maksimum setiap masa," katanya yang berharap kemudahan untuk dua infrastruktur itu dapat disegerakan.
Topic Berkaitan
#Mohammad Omar
#pasta
#Projek Akademi Sepak Takraw Terengganu
#Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan