Malaysia bertekad mahu mengulangi pencapaian muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2018, sekali gus melayakkan diri ke Piala Dunia 2019 di Liverpool, England.
Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Datuk Suraya Yaacob berkata pasukan negara perlu sekurang-kurangnya mara ke final pada kejohanan itu yang bakal berlangsung di Singapura, September depan.
"Saya jangkakan cabaran sengit daripada pasukan tuan rumah, Singapura dan Sri Lanka. Namun saya harap pasukan negara yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA 2017 bersedia menghadapi cabaran pada kejohanan Asia itu.
"Kita mahu mereka teruskan perjuangan sehingga peringkat tertinggi, tidak terhenti hanya pada Sukan SEA," katanya kepada pemberita ketika sesi bertemu peminat bersama pasukan bola jaring kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini pada Sabtu.
Suraya turut menjelaskan persatuan berkenaan juga sudah menghantar surat bagi memanggil pemain bagi membentuk pasukan negara sebagai persediaan ke Kejohanan Bola Jaring Asia itu.
Dalam perkembangan lain, katanya persatuan akan mendapatkan khidmat jurulatih asing bagi membimbing skuad negara selepas kontrak Stacey Robinson berakhir Ogos lalu.
Beliau berkata pihaknya akan menemuduga beberapa jurulatih dari Australia bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Katanya senarai penuh pemain dan jurulatih dijangka diumumkan selewat-lewatnya Februari depan.
PBJM sebelum ini melantik Choo Kon Lee sebagai jurulatih sementara kerana masih berunding untuk mendapatkan sentuhan jurulatih baharu dari Australia.
Untuk rekod, pada Kejohanan Asia 2016 di Bangkok, Malaysia di bawah kendalian Stacey Robinson menamatkan kemarau 31 tahun apabila muncul juara peringkat benua disusuli meraih pingat emas Sukan SEA 2017.
- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2017
Malaysia tekad mengulangi kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2018. - Gambar hiasan
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Bola Jaring Asia: Harapan ke Piala Dunia tidak kesampaian
Impian Malaysia untuk layak ke Piala Dunia tidak kesampaian apabila tewas 41-54 dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia.
Malaysia ke pentas final bola jaring
Skuad bola jaring negara melangkah bergaya ke pentas final Sukan SEA ke-30, selepas menewaskan Brunei 64-40 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini, pada Ahad.
Sukan SEA: Bola jaring Malaysia benam tuan rumah 88-25
Pemain negara menunjukkan kehebatan dan kehandalan mereka sebagai juara bertahan, dengan menang dengan jurang mata yang besar.
Bola jaring: Malaysia bangkit raih tempat ketiga terbaik Asia
Hong Kong mendahului 17-13 pada suku pertama, 25-24 (suku kedua), 36-35 (suku ketiga) sebelum skuad negara menguasai aksi suku terakhir.
An Najwa dedah rahsia kecemerlangan skuad bola jaring
Antaranya, berlatih dengan pasukan bola jaring lelaki dan menyerap 'semangat' wanita untuk menang pingat emas Sukan SEA.
Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Mari berkenalan dengan An Najwa, 'goal shooter' yang memukau dengan aksi hebat di Sukan SEA.
KL2017: Kemarau emas bola jaring 16 tahun berakhir
Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman.
KL2017: Bola jaring Malaysia ke final, tumpaskan Brunei
Ketangkasan skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditandingi oleh Brunei yang ketinggalan 21 mata di suku masa pertama sebelum cuba memberikan sedikit tentangan pada suku kedua.
Bola Jaring: Malaysia tiada masalah ke final
Menepati ramalan ramai, skuad negara yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali tidak berdepan sebarang masalah untuk memenangi suku pertama 25-4 sebelum menamatkan suku kedua 39-12.
Bola jaring negara sekali lagi lakar kemenangan bergaya
Menampilkan aksi tangkas dan bertenaga, skuad negara kental mempertahankan benteng gol daripada dibolosi pasukan Brunei.