awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly-Thinaah kini No. 2 dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2025
08:58 MYT
Pearly-Thinaah kini No. 2 dunia
Aksi pemain beregu wanita negara, Pearly dan Thinaah bergambar bersama selepas menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwi Puji Kusuma dan Amallia Cahaya Pratiwi pada perlawanan Perodua Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, pada Mei. - fotoBERNAMA
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mendapat tonik tambahan menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Paris akhir bulan ini apabila dinaikkan pangkat ke status nombor dua dunia.
Perkembangan tersebut dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menyaksikan finalis Terbuka Jepun itu naik satu anak tangga dari kedudukan ketiga sebelum ini.
Beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning kekal sebagai pasangan nombor satu dunia manakala gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di tangga ketiga.
Perubahan tersebut juga menyaksikan Pearly-Thinaah menjadi pasangan kedua negara yang berada dalam kelompok terbaik selepas Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang bergelar nombor satu dunia pada tahun 2009.
Pasangan itu beraksi cemerlang pada musim ini apabila mengungguli Terbuka Thailand Mei lalu, selain bergelar naib juara Terbuka Jepun, Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia.
Kejohanan Dunia dijadual berlangsung di Paris bermula 25 Ogos hingga 1 September ini.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pearly Tan-M Thinaah
#persekutuan badminton dunia
#BWF
#Liu Sheng Shu-Tan Ning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan