JAKARTA: Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan utama serantau yang terlibat dengan bola sepak, mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.
Ahli kumpulan kerja teknikal turut membincangkan mengenai keperluan umum, garis masa dan peranan setiap negara anggota untuk kejohanan yang akan diadakan selama sebulan itu.
Mesyuarat untuk bidaan itu diadakan secara maya pada Rabu dan dipengerusikan oleh pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Sukan, Dr Niwat Limsuknirun.
Menurut Sekretariat ASEAN, bidaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu kali pertama dicadangkan oleh menteri -menteri luar rantau itu pada sesi permukiman 2011 di Lombok, Indonesia.
Semasa sidang kemuncak serantau 2019 di Bangkok, Thailand, pemimpin ASEAN kemudiannya mengalu-alukan hasrat bersama rantau itu untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.
Para pemimpin menyokong usaha persatuan bola sepak negara-negara anggota dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk merealisasikan matlamat ini.
Sebagai tindak balas kepada kenyataan pemimpin itu, AFF turut menyatakan sokongannya terhadap inisiatif itu pada Jun 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Mesyuarat untuk bidaan itu diadakan secara maya pada Rabu dan dipengerusikan oleh pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Sukan, Dr Niwat Limsuknirun. - Fail/REUTERS

Lans Koperal didakwa peras ugut wanita RM200
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

DAP tidak usik agenda Melayu yang diperjuangkan UMNO - Zahid
Penegasan Ahmad Zahid itu sekali gus menolak kritikan yang dilempar pihak tertentu terutama pembangkang, berhubung kerjasama di antara UMNO dengan DAP.

Polis Thailand bantu kesan wanita Malaysia hilang - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Piala Dunia: Lima negara ASEAN duduk semeja bincang kriteria bidaan
Hasrat untuk ASEAN menjadi tuan rumah bersama bagi Piala Dunia 2034 mungkin dapat direalisasikan.

FAM sambut baik cadangan bidaan Piala Dunia 2034
Usul itu perlu dibincang secara mendalam memandangkan ia pernah diusulkan sebelum ini.

Malaysia berpeluang jadi tuan rumah Piala Dunia 2034?
Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah bersama jika bersepakat dengan tiga negara Asia Tenggara yang lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.