awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelapor PBB gesa UEFA singkirkan Israel demi sukan 'bebas genosid'

Bernama
Bernama
11/08/2025
07:15 MYT
Pelapor PBB gesa UEFA singkirkan Israel demi sukan 'bebas genosid'
Gesaan Albanese dibuat selepas UEFA menyampaikan penghormatan terakhir kepada bekas pemain bola sepak Palestin, Suleiman al-Obeid, yang digelar sebagai "Pele Palestin." - Foto Reuters
ISTANBUL: Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin pada Ahad menggesa badan induk bola sepak Eropah (UEFA) untuk menyingkirkan Israel daripada sebarang kejohanan akibat jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukannya di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Francesca Albanese, pelapor khas PBB, mendesak UEFA menyingkirkan Israel daripada kejohanan bola sepak kerana dakwaan jenayah perang di Gaza.
  • Legenda bola sepak Suleiman al-Obeid, digelar "Pele Palestin", maut ditembak tentera Israel ketika menunggu bantuan di Gaza.
  • Lebih 800 atlet terbunuh sejak serangan Israel bermula, dengan infrastruktur sukan Gaza hampir musnah sepenuhnya.

"Marilah kita jadikan sukan bebas daripada aparteid dan genosid. Satu bola, satu tendangan pada satu masa," kata Francesca Albanese di akaun X miliknya.
Gesaan Albanese dibuat selepas UEFA menyampaikan penghormatan terakhir kepada bekas pemain bola sepak Palestin, Suleiman al-Obeid, yang digelar sebagai "Pele Palestin."
Al-Obeid terbunuh pada Rabu, apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang menunggu bantuan berhampiran tempat pengagihan di selatan Semenanjung Gaza, menurut Persatuan Bola Sepak Palestin.
"Sudah tiba masanya untuk menyingkirkan pembunuh daripada pertandingan, @UEFA," kata pelapor PBB itu.
Al-Obeid, 41, yang dilahirkan di Gaza dan mempunyai lima orang anak, dianggap sebagai antara bintang paling cemerlang dalam sejarah bola sepak Palestin.
Beliau telah beraksi dalam 24 perlawanan rasmi untuk pasukan kebangsaan dan menjaringkan dua gol.
Lebih daripada 800 atlet terbunuh di Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023, ketika komuniti sukan terus menderita akibat pengeboman, kebuluran dan kemusnahan infrastruktur, menurut pegawai Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pelapor Khas PBB
#Francesca Albanese
#Gaza
#sikir Israel
#UEFA
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami