awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pele beransur pulih selepas pembedahan buang ketumbuhan di usus

Bernama
Bernama
11/09/2021
10:52 MYT
Pele beransur pulih selepas pembedahan buang ketumbuhan di usus
Legenda bola sepak Brazil, Pele masih ditempatkan di unit rawatan rapi selepas pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya. - Gambar fail
RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Brazil, Pele masih ditempatkan di unit rawatan rapi selepas pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai yang merawatnya pada Jumaat.
Bintang berusia 80 tahun itu menjalani pembedahan di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo pada 4 September lalu selepas ketumbuhan berkenaan dikesan ketika menjalani pemeriksaan rutin.
"Pesakit Edson Arantes do Nascimento kini semakin pulih dan memuaskan, beliau sudah sedar dan aktif bercakap dan petunjuk vitalnya kelihatan normal," kata hospital menerusi buletin perubatan.
Terdahulu, pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali itu, tampil menerusi media sosial mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan kata semangat dan mendoakannya sambil menjelaskan kepada mereka bahawa beliau semakin pulih, menurut buletin itu.
"Sahabat, setiap hari yang berlaku, saya berasa semakin baik.
"Saya perlukan beberapa hari lagi untuk pulih. Ketika saya di sini, saya mengambil peluang untuk lebih banyak bercakap bersama keluarga dan berehat," katanya menerusi Instagram.
Pele bergelut dengan beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, dan jarang kelihatan di khalayak selepas menjalani pembedahan pemindahan pinggul pada 2012.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#legenda bola sepak Brazil
#Pele
#Pembedahan
#buang ketumbuhan di usus
#Hospital Albert Einstein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan