awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA

Astro Arena
Astro Arena
20/10/2023
03:58 MYT
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Hamilton berkata jika FIA mahu mendenda pemandu sebanyak 1 juta euro, pastikan wang yang diterima itu disalurkan untuk perkara keperluan. - Gambar fail/Stadium Astro
LEWIS HAMILTON serta seluruh pelumba Formula 1 (F1) boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro (RM5.05 juta) berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
Menjelang perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat hujung minggu ini, badan induk Formula Satu, FIA, mengumumkan peningkatan denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas pelumba daripada 250,000 euro (RM1.2 juta) kepada 871,500 euro (RM4.4 juta).
FIA berkata jumlah itu tidak pernah berubah sejak 12 tahun lalu dan "tidak selari dengan perkembangan keperluan semasa sukan permotoran".
Tetapi keputusan itu menerbitkan pelbagai reaksi daripada pelumba-pelumba F1.
Daniel Ricciardo, yang kembali beraksi selepas terlepas lima perlumbaan disebabkan kecederaan patah tangan, berasakan keputusan itu "menakutkan", dan Kevin Magnussen daripada pasukan Haas pula menyifatkan langkah itu sebagai "tidak masuk akal".
Hamilton, yang melanjutkan kontrak dua tahun bernilai 100 juta pound (RM505.31 juta) bersama Mercedes sehingga musim depan, berkata: "Jika mereka mahu mendenda kami sebanyak 1 juta euro, pastikan wang yang diterima itu disalurkan untuk perkara keperluan.
"Industri ini sudah pun mempunyai banyak wang dan banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menambah baik akses serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menyertai sukan ini.
"Itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapatkan wang daripada saya."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lewis Hamilton
#F1
#Grand Prix
#dikenakan denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan