Pelumba negara Azlan Shah Iskandar mengakui tugasnya semakin sukar selepas kehadiran beberapa pelumba handalan untuk saingan kali ini.

Bagaimanapun pelumba berusia 25 tahun ini tetap fokus demi mencapai sasaran bergelar juara pada musim ini.

“Dengan adanya pasukan dari Jepun menyertai, pastinya keadaan akan menjadi semakin sukar bagi pasukan Malaysia meraih gelaran juara untuk musim kali ini,” kata Azlan Shah ketika ditemui Astro Awani.

Pelumba yang berasal dari Shah Alam ini juga berharap aksi pertama di Sepang mampu memberi tuah buatnya.

Meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu, Azlan tidak melihatnya sebagai penghalang.

Baginya, segala persiapan rapi sudah dilakukan bagi memastikan sasaran bergelar juara dicapai.

Pencapaian terbaik pernah dirangkul Azlan ialah kejayaannya meraih selaku naib juara keseluruhan bagi musim 2011.