Semangat berpasukan yang tinggi serta keinginan untuk mencipta kemenangan ketika berhadapan dengan Turkmenistan dalam perlawanan persahabatan tier 1 semalam merupakan faktor utama kejayaan Malaysia apabila memperolehi kemenangan ke atas pasukan yang menduduki tangga ke-145 ranking dunia itu.
Sudah pasti kemenangan itu akan menambah lagi keyakinan anak didik Kim Pan Gon apabila berhadapan dengan Hong Kong dalam melakukan persiapan menghadapai pusingan akhir Piala AFC nanti.
Apa yang pernah dinyatakan penulis sebelum ini iaitu skuad yang di panggil Kim Pan Gon kali ini adalah sebuah skuad yang seimbang daripada semua bahagian dan ini menjadi kenyataan apabila mereka tidak gentar apabila berhadapan dengan anak didik Mergen Orazow yang mempunyai fizikal yang lebih tegap dan tinggi daripada pemain tempatan.
Lihat sahaja bagaimana kelibat Akhyar Rahsid dan Faisal Halim yang bertubuh kecil tetapi lincah di bahagian sayap untuk memperdayakan benteng pertahanan lawan tetapi yang lebih menarik perhatian penulis adalah bagaimana corak dan strategi dipamerkan Kim Pan Gon kali ini.
Dengan menggunakan formasi 4-3-3, Kim Pan Gon banyak memulakan serangan dari bahagian tengah di mana Endrick Dos Santos dan Paulo Jasue yang banyak memainkan peranan untuk menghalakan hantaran bola kepada Akhyar Rashid dan Faisal Halim melalui hantaran lolos, terutama di belakang pertahanan lawan agar kedua-dua pemain ini cepat masuk bahagian dalam berhampiran kawasan penalti sebagai penggerak jaringan tunggal oleh Akhyar.
Sementara itu, Brendan Gan dan barisan pertahanan yang diketuai oleh Dion Cool banyak memainkan peranan untuk menyekat gerakan lawan, terutama di bahagian tengah untuk memastikan Harimau Malaya kembali memgawal bola.
Persefahaman dipamerkan di antara bahagian pertahanan kiri dan kanan bersama pemain midfield dan sayap begitu baik di mana kita dapat melihat setiap gerakan dilakukan begitu tersusun dan kerap menampakkan bentuk segi tiga dan rotasi sering berlaku di antara mereka, terutama ketika melakukan serangan.
Ini menunjukkan tanda positif yang mereka sudah semakin seras, gegitu juga dengan pemain-pemain baru yang dimasukkan seperti Nooa Laine yang sudah dapat mula dapat menyesuaikan dirinya bersama Harimau Malaya dan ini menunjukkan skuad kendalian Kim Pan Gon ini semakin digeruni.
Astro Arena
Fri Mar 24 2023

Sudah pasti kemenangan itu akan menambah lagi keyakinan anak didik Kim Pan Gon apabila berhadapan dengan Hong Kong dalam melakukan persiapan menghadapai pusingan akhir Piala AFC nanti. - Gambar Stadium Astro

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.

Coldplay: KBS pastikan konsert, aksi Harimau Malaya berjalan dengan baik - Hannah
KBS akan memastikan penganjuran konsert kumpulan muzik Coldplay dan aksi Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil November ini berjalan dengan baik.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya berguru di London
Barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya sempat 'berguru' dengan Pengurus Kelab West Ham United, David Moyes.

Aksi Harimau Malaya di Kuala Terengganu pada 14 dan 20 Jun - FAM
Aksi menentang Kepulauan Solomon akan diadakan pada 14 Jun (Rabu), diikuti aksi menentang Yaman (ke-157) pada 20 Jun (Selasa).

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.

Harimau Malaya berdepan Kepulauan Solomon, Yaman di Terengganu pada Jun
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengumumkan bahawa harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.

Pahang wujudkan taman semula jadi seluas 1,340km persegi untuk Harimau Malaya
Negeri Pahang akan mewujudkan rizab alam semula jadi baharu sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia melindungi harimau Malaya.

Ranking FIFA: Harimau Malaya berterima kasih kepada JDT, TMJ
Peningkatan prestasi pasukan negara sehingga melonjak tujuh anak tangga dalam kemas kini terbaharu ranking FIFA dipengaruhi antaranya JDT dan TMJ.

Harimau Malaya tak jadi lawan Jepun pada September
Bagaimanapun, tiga pasukan lain berminat untuk menguji skuad Harimau Malaya dalam tempoh itu - Taiwan, China dan Kuwait.