KUALA LUMPUR: Nafas baharu corak permainan yang ingin diterapkan ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Kim Pan Gon, memerlukan barisan pemain muda bagi menjayakan pendekatan gaya permainan agresif dan berani, seperti yang diinginkan.
Penganalisis sukan Dr Pekan Ramli berkata, penggunaan taktikal agresif pada perlawanan berintensiti tinggi, memerlukan pemain yang mampu mengekalkan kecergasan pada tahap tertinggi sepanjang 90 minit aksi dan kebolehan itu lebih cenderung dimiliki pemain muda.
Malah Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi itu menyifatkan, pemain muda turut mempunyai kelajuan, sekali gus menjadi pakej terbaik dan lebih memudahkan perancangan taktikal ingin dibawa jurulatih dari Korea Selatan berusia 52 tahun itu.
"Jadi saya nampak pemain-pemain otai...Pan Gon kena lupakan, kerana bola sepak hari ini sudah berubah. Pemain otai memang bagus mungkin dari segi pengalaman tetapi dia akan merosakkan tempo permainan, sekali gus tak dapat corak permainan yang konsisten dalam perlawanan.
"Kalau dalam kesebelasan utama hampir semuanya mempunyai kelajuan dan ketangkasan dengan tahap kecergasan tinggi, tiba-tiba ada satu atau dua pemain 'otai' main. Itu penting untuk dipertimbangkan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sementara itu, Pekan berkata pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC) Muhammad Faisal Abdul Halim dan pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC Muhammad Akram Mahinan, antara yang dijangka tidak berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu Pan Gon.
Selain dua pemain itu, beliau optimis pemain sayap TFC Muhammad Hakimi Abdullah dan Pemain Terbaik final Piala Malaysia 2021 Zhafri Yahya, turut memiliki potensi yang baik di bawah bimbingan bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) itu.
"Mereka antara pemain yang mempunyai kadar kerja tinggi dalam permainan, kita juga nak pemain yang sanggup bermati-matian di padang, tambahan Pan Gon mesti akan cari pemain yang boleh beliau gunakan untuk cuba menyamai cara Korea Selatan bermain," katanya.
Dalam pada itu, Pekan berharap Pan Gon dan barisan kejurulatihannya dapat memberikan perhatian kepada pemain-pemain muda dari pasukan atau pun kelab yang sederhana, selain mendapatkan pemain muda yang benar-benar ingin beraksi 'demi lencana di dada'.
Dalam sidang media memperkenalkannya dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang baru, Pan Gon menyasarkan untuk menyediakan asas yang kukuh, dan berazam membawa skuad Harimau Malaya ke satu tahap lebih tinggi melangkaui rantau Asia Tenggara.
Meskipun tidak menyatakan secara terperinci mengenai taktikal bakal digunakan, Pan Gon tanpa berselindung mahu mengubah corak permainan pasukan negara menjadi lebih agresif dan berani mengambil risko berdepan pihak lawan.
Ujian pertama Pan Gon bersama skuad Harimau Malaya adalah pada siri aksi persahabatan antarabangsa masing-masing menentang Filipina pada 23 Mac dan Singapura (26 Mac) dengan kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Pemain muda turut mempunyai kelajuan, sekali gus menjadi pakej terbaik dan lebih memudahkan perancangan taktikal Pan Gon. - Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.