awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain perlu berikan yang terbaik untuk tewaskan Qadsia SC - Mario Gomez

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
25/09/2015
10:56 MYT
Pemain perlu berikan yang terbaik untuk tewaskan Qadsia SC - Mario Gomez
Ketua Jurulatih Pasukan Johor Darul Ta'zim, Mario Gomez berkata pemain perlu berada di tahap mental yang terbaik untuk menentang pasukan Qadsia SC dalam perlawanan Kejohanan Piala AFC 2015. - Gambar Fail
Ketua Jurulatih Pasukan Johor Darul Ta'zim, Mario Gomez berkata pemain perlu berada di tahap mental yang terbaik untuk menentang pasukan Qadsia SC dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala AFC 2015.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, Mario menegaskan bahawa pemain perlu berada di tahap mental yang terbaik dan latihan kecergasan perlu diberikan penumpuan yang lebih khusus.
Hal ini kerana, ia mungkin sukar untuk menentang Qadsia SC yang juga merupakan juara bertahan.
Namun, menurut beliau, tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai dalam bola sepak jika pemain berfikiran positif.
Difahamkan, persiapan rapi pasukan telah dibuat dan mereka akan bertolak ke Kuwait pada 25 September 2015 untuk persediaan awal.
Johor Darul Ta’zim FC berjaya melakar sejarah dengan berjaya meneruskan kemaraan ke Peringkat Separuh Akhir. Pasukan Harimau Selatan ini bakal bertemu dengan kelab gergasi Asia, Al-Qadsia pada 29 September ini di Stadium Kelab Sukan Kuwait.
Topic Berkaitan
#Johor
#Mario Gomez
#Piala AFC 2015
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan