awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemanah negara bermula baik di YOG 2014

Bernama
Bernama
23/08/2014
14:29 MYT
Pemanah negara bermula baik di YOG 2014
...
Pemanah tunggal negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli bermula baik pada perlawanan peringkat penyingkiran acara recurve individu pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di Lapangan Memanah Fangshan, dekat sini, pada Sabtu.
Pada aksi tersebut, Muhamad Zarif berjaya mengatasi pemanah dari Slovakia, Balaz Boris dengan mata kemenangan 6-2.
Semalam, Muhamad Zarif berjaya menempatkan diri di kedududukan ke-17 daripada 32 pemanah pada aksi penentuan ranking bagi acara tersebut.
"Saya berpuas hati dengan kejayaan hari ini, namun perjalanan untuk ke pusingan akhir masih jauh lagi, saya akan tetap berusaha," katanya kepada Bernama di sini.
Muhamad Zarif sebelum ini meletakan sasaran untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir dan ia bukan bermakna bahawa beliau menyerah kalah sebelum tamat kejohanan.
Sementara itu, jurulatih memanah Wan Mohd Khalmizanwan Wan Abdul Aziz berkata beliau percaya anak didiknya mampu pergi lebih jauh sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir jika berjaya mengekalkan prestasi.
Topic Berkaitan
#2014 YOG
#Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli
#Sukan Olimpik Remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan