KUALA LUMPUR: Pemergian Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Allahyarham Datuk Abu Samah Abd Wahab bukan sahaja membawa khabar duka buat arena berbasikal negara, malah turut dirasai di peringkat antarabangsa.
Perkara itu dikongsikan Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill yang juga Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF).
Beliau berkata, Abu Samah seorang yang amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama kira-kira 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal bukan sahaja di dalam negara, malah peringkat antarabangsa.
"Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada komuniti berbasikal dan akan dirasai oleh kita semua. Beliau terkenal dengan kerendahan hatinya. Beliau merupakan mentor saya yang hebat, penasihat dan tokoh kebapaan yang sentiasa ada untuk mendapatkan pandangan.
"Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dalam Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) sebagai Setiausaha Agung dan Naib Presiden selama bertahun-tahun termasuk sebagai Presiden ACF sejak 2001 hingga 2003," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Amarjit berkata, ketika beliau menziarahi Abu Samah Jumaat lepas, meskipun kelihatan lemah Allahyarham tetap memikirkan tentang sukan berbasikal dan kerjanya.
Abu Samah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi selepas setahun menghidap kanser prostat tahap empat.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok pada kira-kira 12 tengah hari Rabu.
Abu Samah memegang jawatan Presiden PKBM sejak 1990 dan melakar sejarah baharu dalam arena sukan tanah air apabila menerima Anugerah Merit ACF pada Mei lepas, sekali gus merupakan tokoh sukan pertama di negara ini yang menerima Anugerah Merit daripada badan induk dunia - UCI, benua - ACC dan wilayah serantau - ACF.
- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Abu Samah disifatkan sebagai seorang yang amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama kira-kira 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal. - Foto fail/BERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah Abu Samah selamat dikebumikan
Hampir 800 ahli keluarga, sahabat seperjuangan, wakil Kementerian Belia dan Sukan, atlet lumba basikal dan orang kampung hadir mengiringi jenazah dari rumahnya di Jalan Semabok ke tanah perkuburan.
Pemergian Abu Samah khabar duka buat arena berbasikal negara, antarabangsa
Abu Samah amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal di dalam negara dan global.
Presiden PKBM meninggal dunia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.
Abu Samah kekal Presiden PKBM, KJ rebut jawatan Naib Presiden
Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.
Kes mahkamah: Abu Samah terus dapat kepercayaan terajui PKBM
Walaupun terpalit kes mahkamah, Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab masih mendapat kepercayaan kesemua ahli majlis untuk memimpin badan induk itu.
Presiden PKBM nafi terima suapan RM50,000 untuk sewa kenderaan dan rumah inap
Suapan melibatkan kontrak sewaan kenderaan logistik dan rumah inap bagi kegunaan Persekutuan itu kepada syarikat milik ahli keluarganya, sejak 2013.