awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penang FC bakal gantikan khidmat Akmal Rizal dengan jurulatih baharu

Bernama
Bernama
01/11/2024
10:45 MYT
Penang FC bakal gantikan khidmat Akmal Rizal dengan jurulatih baharu
Lembaga Pengarah Penang FC memaklumkan penggantian Akmal Rizal diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 21 Okt lepas. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Khidmat Ketua Jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal digantikan dengan jurulatih baharu sekali gus menamatkan khabar angin mengenai status beliau bersama skuad Harimau Kumbang sejak beberapa minggu lepas.
Lembaga Pengarah Penang FC menerusi kenyataan rasmi hari ini memaklumkan perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 21 Okt lepas bagi membincangkan hala tuju pengurusan skuad Harimau Kumbang ekoran prestasi kurang memuaskan dalam Liga Super musim ini.
"Susulan daripada mesyuarat lembaga pengarah itu, satu keputusan telah dibuat untuk menggantikan ketua jurulatih Penang FC dengan jurulatih lebih berpengalaman dalam saingan Liga Super bagi meningkatkan prestasi serta persaingan pasukan.
"Usaha dan dedikasi Akmal Rizal amat dihargai, dan memandangkan beliau masih mempunyai kontrak bersama Penang FC, beliau akan dikekalkan bagi meneraju pasukan lain di bawah Penang FC," menurut kenyataan itu hari ini.
Lembaga pengarah memaklumkan beberapa calon jurulatih utama telah dikenal pasti, dan perbincangan bagi memuktamadkan kontrak bermula sejak 21 Okt.
Menurut kenyataan itu lagi, nama ketua jurulatih baharu yang akan mengemudi Penang FC bakal diumumkan sejurus selepas perkara dalam kontrak dimuktamadkan tidak lama lagi.
Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan pihak kelab kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku pengelola liga yang memberikan kelulusan berhubung situasi interim berkenaan.
Berikutan keputusan itu, Penang FC kini secara interim akan dikendalikan Penolong Ketua Jurulatih Mat Saiful Mohamad, sambil dibantu Pengarah Teknikal Merzagua Abderrazak.
Justeru, para pemain diharap akan memberikan sokongan penuh kepada kedua-dua individu terbabit dalam meneruskan saingan liga, selain turut mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan yang diberikan para penyokong terhadap pasukan berkenaan.
Terdahulu, status pengendali berusia 43 tahun itu menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lepas apabila terdapat khabar angin mengatakan khidmat beliau akan ditamatkan selepas skuad Harimau Kumbang gagal mempamerkan aksi memberangsangkan dalam beberapa perlawanan akhir-akhir ini.
Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila kelibat beliau tidak kelihatan ketika Penang FC dibelasah 0-4 oleh Sabah FC di Stadium Bandaraya pada 25 Okt lepas.
Kekalahan itu ialah yang ketiga berturut-turut dicatatkan Penang FC, dan selepas mengharungi 13 perlawanan, pasukan itu hanya menang dua kali, seri (lima) dan kalah (enam) sekali gus menjunam ke tangga ke-11 Liga Super apabila sekadar mengutip 11 mata.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Ketua Jurulatih Penang FC
#Akmal Rizal Ahmad Rakhli
#jurulatih baharu
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan