awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendekatan latihan Misbun dipandang tinggi

Bernama
Bernama
30/07/2023
23:30 MYT
Pendekatan latihan Misbun dipandang tinggi
Sesetengah pihak mungkin meragui kehebatan Datuk Misbun Sidek (kiri) dalam melatih pemain tetapi tidak buat pemain badminton negara, Justin Hoh yang memandang tinggi kepada beliau. - Foto Instagram/Justin Hoh
KUALA LUMPUR: Sesetengah pihak mungkin meragui kehebatan Datuk Misbun Sidek dalam melatih pemain tetapi tidak buat pemain badminton negara, Justin Hoh yang memandang tinggi kepada beliau.
Pemain perseorangan lelaki berusia 19 tahun itu yang berlatih di bawah Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) selama tiga tahun, merasakan Misbun adalah jurulatih terbaik baginya.
"Saya tahu ramai di luar sana meragui anda dan memikirkan kaedah kejurulatihan anda sudah lapuk, tetapi saya mahu katakan di sini anda adalah jurulatih terbaik di mata saya. Terima kasih kerana mendidik saya bagaimana menjadi seorang atlet yang berdisiplin.
"Tanpa anda, saya tidak akan berada di tempat ini hari ini. Bukan hanya sebagai seorang guru, tetapi sebagai seorang bapa selamanya. Terima kasih. 'Coach' Misbun," katanya dalam satu hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
A post shared by JustinHoh (@justinhoh_0401)
Pada Jumaat, Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju secara bersama untuk berpisah susulan prestasi hambar skuad badminton remaja di Kejohanan Remaja Asia yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Misbun sebelum ini telah memainkan peranan penting dalam mengasah bakat Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Misbun Sidek
#Justin Hoh
#BAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan