awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerjun wanita negara gagal dalam acara individu 10M platform

Bernama
Bernama
12/04/2018
14:45 MYT
Penerjun wanita negara gagal dalam acara individu 10M platform
Penerjun wanita negara Pandelela Rinong semasa acara Womens 10m Synchro Platform di Pusat Akuatik Gold Coast sempena Sukan Komanwel 2018 hari ini. - Foto Bernama
Sedikit kesilapan pada terjunan terakhir menyebabkan penerjun negara, Pandelela Rinong, terlepas pingat gangsa acara 10m platform individu wanita di Sukan Komanwel 2018 hari ini.
Atlet kelahiran Sarawak itu bermula agak goyang apabila mengutip 55.50 mata pada terjunan pertama seberlum bangkit di terjunan kedua untuk mengutip 78.30 mata.
Prestasi penerjun berusia 25 tahun itu semakin konsisten mencatatkan 72.00 dan 70.40 mata untuk berada di kedudukan ketiga sebelum berlaku kesilapan pada terjunan kelima dengan kutipan mata 64.00.
"Saya tahu dapat lakukan terjunan pertama dan kelima lebih baik daripada pusingan kelayakan. Sudah tentu, saya kecewa tetapi ini adalah sifat sukan....kadang-kadang menang dan sebaliknya.
"Kami tidak pulih sepenuhnya selepas aksi cemerlang semalam dan momentum menurun," katanya yang menang pingat emas bersama Cheong Jung Hoong dalam acara 10m platform seirama semalam.
Pandelela mengumpul keseluruhan 340.20 mata, hanya 4.00 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari England Lois Toulson.
Pingat emas dimenangi penerjun tuan rumah, Melissa Wu dengan 360.40 mata manakala perak dimenangi Meaghan Benfeito dari Kanada yang mengumpul 359.75 mata.
Sementara itu, juara dunia Jun Hoong menamatkan saingan di tempat kelima dengan jumlah 332.85 mata, diikuti penerjun muda, Kimberly Bong, di tempat ke-10 dengan 294.20 mata.
"Ada sikit kesilapan tapi secara keseluruhan saya agak berpuas hati sebab terjunan yang silap itu adalah ketiga tapi saya tidak berputus asa dan terus cuba hingga tamat saingan.
Bagi Kimberly pula, katanya ini merupakan satu pendedahan yang baik untuk meningkatkan tahap keyakinan apabila berada dalam kalangan penerjun hebat dunia.
"Final tadi, saya berpuas hati sebab melakukan lebih baik daripada pusingan kelayakan. Ini adalah penampilan pertama di temasya ini...jadi perlu belajar cara untuk kawal emosi dan gementar," kata penerjun berusia 15 tahun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cheong Jung Hoong
#Pandelela Rinong
#penerjun
#penerjun wanita
#platform
#Sukan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan