awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengadil Malaysia dilantik mengadili aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai

Bernama
Bernama
29/08/2021
13:50 MYT
Pengadil Malaysia dilantik mengadili aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai
Suhaimi Mat Hassan dilantik sebagai pengadil utama bagi aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2021 di Moscow, Rusia. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Kualiti pegawai perlawanan dari Malaysia dilihat menerima pengiktirafan antarabangsa apabila Suhaimi Mat Hassan dilantik sebagai pengadil utama bagi aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2021 di Moscow, Rusia.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan berkata, pengadil berusia 45 tahun itu diberi penghormatan untuk mengadili perlawanan penentuan juara di antara tuan rumah dan Jepun pada 12.30 tengah malam ini (7.30 malam waktu tempatan) di Luzhniki Beach Soccer Arena.
Suhaimi akan dibantu oleh Sofien Benchabane dari Perancis sebagai pengadil kedua, Gionni Matticoli dari Itali (pengadil ketiga), Hany Farouk dari Mesir (penjaga masa) dan Turki Al Salehi dari Oman sebagai pengadil simpanan.
Menurut FAM, Suhaimi yang merupakan antara empat pengadil dari Asia, telah menjadi pengadil utama bagi aksi Belarus menentang El Salvador (Kumpulan C), serta sebagai pengadil kedua aksi Portugal bertemu Senegal (Kumpulan D) dan El Salvador lawan Switzerland (Kumpulan C) sepanjang kejohanan itu berlangsung sejak 19 Ogos.
Ini merupakan kali kelima Suhaimi bertugas di Piala Dunia Bola Sepak Pantai, dan dia mempunyai pengalaman mengadili kejohanan berprestij itu pada tahun 2011 di Itali, 2013 di Tahiti, 2015 di Portugal dan 2019 di Paraguay.
"Pada edisi 2019 itu juga beliau terpilih bertugas pada aksi final yang menemukan Itali dan Portugal sebagai pengadil simpanan. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada Suhaimi dan berharap agar beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik dalam mengendalikan aksi final nanti.
"Timbalan Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram pula melihat ia sebagai satu pengiktirafan kepada pengadil dari Malaysia dan juga pencapaian terbaik secara peribadi yang mampu meningkatkan lagi profil Suhaimi dalam bidang pengadilan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengadil malaysia
#Suhaimi Mat Hassan
#aksi final
#Piala Dunia Bola Sepak Pantai
#Moscow
#Rusia
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan