awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali Vietnam sah jurulatih ASEAN All Star jumpa Man Utd di SNBJ

Astro Arena
Astro Arena
10/04/2025
07:51 MYT
Pengendali Vietnam sah jurulatih ASEAN All Star jumpa Man Utd di SNBJ
Pemilihan Kim Sang-sik isahkan oleh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menerusi kenyataan rasmi hari ini. - Stadium Astro
PENGENDALI Vietnam, Kim Sang-sik, dipilih selaku ketua jurulatih ASEAN All Star menjelang perlawanan pramusim menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei ini.

Ringkasan AI
  • Kim Sang-sik dari Vietnam dipilih sebagai ketua jurulatih ASEAN All Star untuk perlawanan pramusim menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei.
  • Pemilihan Kim Sang-sik adalah berdasarkan kejayaannya memenangi Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 tanpa kalah.
  • Pasukan ASEAN All Star akan terdiri daripada pemain terbaik dari 12 persatuan di bawah AFF, menunjukkan kepelbagaian dan kekuatan bola sepak Asia Tenggara.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menerusi kenyataan rasmi hari ini.
Kecemerlangan merangkul kejuaraan tanpa tewas Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 merupakan punca utama jurulatih dari Korea Selatan itu dipilih, sekali gus mengetuai cabaran Asia Tenggara untuk menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
"Adalah satu penghormatan untuk memimpin pemain terbaik dari seluruh ASEAN dalam perlawanan sebesar ini.
“Kami bukan sekadar mewakili negara kami, malah kami menunjukkan kepada dunia kebanggaan, semangat, dan kekuatan rantau kami,” katanya.
Pasukan terhebat ASEAN itu akan dibentuk menampilkan pemain terbaik yang dipilih daripada semua 12 persatuan di bawah ahli gabungan AFF, mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan kolektif bola sepak Asia Tenggara. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#jurulatih Vietnam
#Manchester United
#ketua jurulatih ASEAN All Star
#perlawanan pra musim
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan