awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus Arsenal Mikel Arteta positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2020
00:26 MYT
Pengurus Arsenal Mikel Arteta positif COVID-19
ARTETA: Saya menjalani ujian selepas berasa kurang sihat; saya akan kembali bekerja sejurus selepas dibenarkan. - Twitter Mikel Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta disahkan positif terkena jangkitan COVID-19 pada Khamis, sekali gus perlawanan kelab menentang Brighton pada Sabtu ditangguhkan.
The Gunners telah menutup pusat latihan mereka dan kakitangan kelab yang berinteraksi dengan Arteta diarahkan untuk membuat kuarantin sendiri.
Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengadakan 'mesyuarat kelab kecemasan' pada Jumaat untuk membincangkan perlawanan liga seterusnya.
"Ini sangat mengecewakan," kata pengurus kelab dari Sepanyol berusia 37 tahun itu.
"Saya menjalani ujian selepas berasa kurang sihat. Saya akan kembali bekerja sejurus selepas dibenarkan," katanya.
Ramai dari skuad Arsenal dijangka akan menjalani proses kuarantin termasuk skuad pertama kelab itu.
Kelab itu dijadual berdepan Brighton dalam perlawanan liga di Stadium Amex pada Sabtu.
Bagaimanapun, Brighton mungkin akan mengeluarkan kenyataan menangguhkan perlawanan tersebut.
Mesyuarat Kelab Liga Perdana dijangka akan membincang dan memutuskan sama ada untuk menangguhkan kesemua perlawanan Liga Perdana yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#Brighton
#COVID-19
#kuarantin
#Liga Perdana Inggeris
#Mikel Arteta
#pengurus
#Pengurus Arsenal
#pusat latihan
#sepanyol
#Stadium Amex
#The Gunners
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan