awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga gol buang masa akan dihukum dengan sepakan sudut

Bernama
Bernama
02/03/2025
03:45 MYT
Penjaga gol buang masa akan dihukum dengan sepakan sudut
Sebelum ini, penjaga gol dikehendaki melepaskan bola dalam tempoh enam saat, dan sekiranya gagal, pasukan lawan akan diberikan sepakan percuma tidak terus, namun peraturan ini jarang dikuatkuasakan. - Gambar hiasan/ AP
ANKARA: Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada Sabtu mengumumkan kelulusan peraturan baharu bagi menangani tindakan membuang masa oleh penjaga gol, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-139 di Belfast, Ireland Utara, IFAB sebulat suara bersetuju untuk meminda peraturan mengenai sepakan percuma tidak terus.
Di bawah peraturan baharu itu, jika penjaga gol memegang bola lebih daripada lapan saat -- selepas kira detik visual selama lima saat oleh pengadil -- pasukan lawan akan diberikan sepakan sudut.
Sebelum ini, penjaga gol dikehendaki melepaskan bola dalam tempoh enam saat, dan sekiranya gagal, pasukan lawan akan diberikan sepakan percuma tidak terus, namun peraturan ini jarang dikuatkuasakan.
Selain itu, IFAB turut memperkenalkan peruntukan baharu kepada protokol Video Bantuan Pengadil (VAR), yang membolehkan pengadil membuat pengumuman selepas semakan VAR atau semakan VAR yang dilanjutkan.
Dalam satu kenyataan, IFAB juga menekankan garis panduan baharu yang memperkukuh prinsip bahawa hanya kapten pasukan dibenarkan menghampiri pengadil dalam situasi tertentu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjaga gol
#peraturan baharu
#sepakan sudut
#IFAB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan