awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong bola sepak Sepanyol dijatuhkan hukuman penjara tertangguh hina Vinicius

Bernama
Bernama
21/05/2025
22:30 MYT
Penyokong bola sepak Sepanyol dijatuhkan hukuman penjara tertangguh hina Vinicius
kesemua tertuduh mengaku telah menghina pemain sayap Madrid itu semasa perlawanan liga menentang Real Valladolid pada Disember 2022. - Foto fail/AP
MADRID: Lima penyokong bola sepak di Sepanyol masing-masing dijatuhi hukuman penjara tertangguh selama setahun kerana melakukan penghinaan berunsur perkauman terhadap bintang Brazil Real Madrid, Vinicius Junior, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kesemua defendan mencapai persetujuan dengan pejabat pendakwa raya sebelum perbicaraan bermula di mahkamah wilayah Valladolid, menurut La Liga dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut liga itu, keputusan tersebut merupakan satu "detik bersejarah" kerana ia adalah sabitan pertama di Sepanyol yang mengklasifikasikan penghinaan perkauman di stadium sebagai jenayah kebencian.
Menurut pihak kehakiman, kesemua tertuduh mengaku telah menghina pemain sayap Madrid itu semasa perlawanan liga menentang Real Valladolid pada Disember 2022.
Mereka turut dikenakan denda sehingga EUR1,620 (AS$1,387) dan diharamkan daripada bekerja dalam sektor pendidikan, riadah dan sukan selama empat tahun.
Bagi mengelakkan hukuman penjara, mereka tidak boleh melakukan kesalahan semula dalam tempoh tiga tahun dan dilarang memasuki mana-mana stadium sukan di negara itu ketika pertandingan rasmi sedang berlangsung.
"Kejayaan ini merupakan langkah penting dalam memerangi isu perkauman dalam sukan," tegas La Liga dalam kenyataannya.
Sepanyol telah lama berdepan masalah perkauman di stadium dan sebelum ini pernah dikritik kerana dianggap tidak mengambil tindakan tegas terhadap pelaku kesalahan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjara
#penyokong bola sepak
#Vinicius Junior
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami