KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan bola sepak Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Isnin lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohamad Haadi Wahab, 27, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga seorang penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) didakwa cuba melakukan perbuatan khianat ke atas harta benda dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000.
Kesalahan itu dilakukan pada 22 November lalu di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak jam 12.05 malam.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 511 (KK) kerana cuba melakukan khianat.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dan menetapkan 26 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor.
Media sebelum ini melaporkan berlaku satu kekecohan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus selepas berakhir perlawanan membabitkan TFC dengan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, sekumpulan penyokong bertindak membaling batu dan objek keras ke arah bas yang membawa pemain Selangor mengakibatkan kenderaan itu rosak di bahagian cermin dan tingkap.
Nur Fazlizai Ali
Thu Nov 24 2022

Mohamad Hadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan cuba melakukan perbuatan khianat terhadap bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC, selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia Isnin lalu. - Foto BERNAMA

Keluar Warisan | Tiga ADUN perlu kosongkan kerusi - Naib Presiden Warisan
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan yang meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan diheret ke mahkamah atas tindakan mereka. Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakong berkata, pihaknya belum menerima surat berkenaan peletakan jawatan tiga ADUN tersebut.

Gempa bumi Turkiye: 13 rakyat Malaysia selamat, masih terperangkap di kawasan bencana - Duta
13 rakyat Malaysia di Turkiye berada dalam keadaan selamat, namun tidak dapat keluar dari kawasan gempa ekoran operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Pertemuan berkala dengan pengarah hospital bagi atasi masalah di fasiliti kesihatan
Antara perkara akan dilakukan KKM ialah audit dan melihat keberkesanan beberapa perkara seperti waktu standard klinik kesihatan.

Jangan buat kesimpulan awal, tuduhan melulu mengenai isu kecurian REE - Sanusi
Bukti mengaitkan 52 lelaki yang ditahan pada Rabu lepas dengan kecurian REE belum diperoleh.

Permohonan Najib ketepi injuksi kes saman 1MDB didengar 26 Mei
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad turut menetapkan tarikh sama untuk pendengaran permohonan inter-parte bagi injunksi mareva.

Banjir | PPS sudah seperti rumah kedua
Penduduk beberapa kampung di sekitar Rantau Panjang sudah lali dengan banjir sehingga pusat pemindahan sementara (PPS) seolah-olah menjadi rumah kedua mereka.

Banjir | Penduduk huni PPS dua kali dalam tempoh dua bulan
Penduduk di Kampung Bukit Berapit, Lembah Jabor dekat Kemaman terpaksa menghuni di pusat pemindahan buat kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan. Hujan lebat Ahad lepas menyebabkan paras air di saluran perparitan meningkat mendadak sehingga menenggelamkan sebahagian kediaman di kawasan rendah.

Gempa bumi Turkiye | Pasukan SMART tiba di Istanbul untuk misi menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi menyelamat gempa tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 5.50 pagi waktu tempatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata ketika ini pasukan itu sedang mendapatkan maklumat daripada pusat pengurusan bencana Turkiye untuk diatur gerak ke lokasi kejadian.

Infrastruktur | Terminal Titiwangsa dijadikan hab utama pengangkutan awam
Terminal Titiwangsa bakal menyaksikan transformasi menyeluruh untuk dijadikan sebagai hab utama pengangkutan awam di Lembah Klang.

Pas bulanan Prasarana akan diintegrasikan dengan MRT 2 - Anthony Loke
Kerajaan akan mengintegrasikan pas bulan sedia ada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dengan tren Transit Aliran Massa (MRT) 2 untuk memudahkan pengguna.

Penyokong Terengganu FC mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan bola sepak Selangor.