awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pep Guardiola akui pemain Man City terlalu banyak minum alkohol ketika rai kejuaraan

Astro Arena
Astro Arena
25/05/2023
04:11 MYT
Pep Guardiola akui pemain Man City terlalu banyak minum alkohol ketika rai kejuaraan
Guardiola bimbang pasukannya yang memburu treble mungkin berdepan prestasi yang mengecewakan mabuk di Sussex berikutan kegembiraan sambutan kejuaraan hujung minggu lalu. - Stadium Astro
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola, mendakwa juara Liga Perdana Inggeris itu yang baru dinobat 'terlalu banyak minum alkohol di Manchester' sebelum memperoleh keputusan seri 1-1 di Brighton.
Guardiola bimbang pasukannya yang memburu treble mungkin berdepan prestasi yang mengecewakan mabuk di Sussex berikutan kegembiraan sambutan kejuaraan hujung minggu lalu.
Namun pengendali Sepanyol itu kagum dengan prestasi pemainnya semasa perlawanan yang mendebarkan itu.
Phil Foden meletakkan City di hadapan di Stadium Amex sebelum gol penyamaan menakjubkan daripada Julio Enciso mengukuhkan tempat keenam Albion bagi memastikan tiket mereka beraksi di Liga Europa musim depan.
Erling Haaland dinafikan jaringan kemenangan selepas VAR menunjukkan penyerang itu menarik jersi pertahanan Seagulls, Levi Colwill.
“Saya agak bimbang tentang betapa kami akan menurunkan (tahap) kami dengan apa yang telah kami lakukan dalam empat, lima, enam bulan terakhir,” kata Guardiola.
“Empat puluh jam (yang lalu) kami banyak mengambil minuman keras di Manchester dan cara mereka bermain dalam perlawanan adalah luar biasa.
“Saya sangat menikmatinya, terutamanya selepas menjadi juara.
“Anda perlu datang ke sini untuk memenangi perlawanan, kami tahu ia akan menjadi sukar. Mereka adalah pasukan yang hebat di setiap aspek, itulah sebabnya mereka layak beraksi di Liga Europa, sememangnya layak.
"Dan juga kami menunjukkan mengapa kami adalah pasukan terbaik di England." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#juara EPL
#Manchester City
#minuman keras
#Pep Guardiola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan