awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak diarah bayar bekas jurulatih, Lim Teong Kim RM1.04 juta

Astro Arena
Astro Arena
10/08/2025
07:17 MYT
Perak diarah bayar bekas jurulatih, Lim Teong Kim RM1.04 juta
Mahkamah Perusahaan memutuskan pemecatan Lim Teong Kim oleh Perak FC sebagai tidak wajar dan pramatang. - Gambar fail
BEKAS jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim, akhirnya memperoleh keadilan selepas Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa penamatan kontraknya oleh kelab tersebut adalah tidak wajar dan pramatang.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Perusahaan memutuskan pemecatan Lim Teong Kim oleh Perak FC sebagai tidak wajar dan pramatang, serta mengarahkan pampasan RM1.04 juta dibayar bersamaan baki 16 bulan kontrak.
  • Mahkamah menyatakan tindakan kelab dipengaruhi kepentingan komersial dan tidak realistik memandangkan cabaran membina semula pasukan dengan bajet terhad, selain dakwaan pemberontakan dalaman terhadap Lim.
  • Selepas pemecatan Lim, Yusri Che Lah dilantik sebagai jurulatih interim bagi meneruskan kempen Perak FC dalam saingan Liga Malaysia.

Keputusan itu hadir susulan representasi yang difailkan Lim kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), mendakwa pemecatannya dilakukan secara tidak adil, lapor Stadium Astro.
Mahkamah mengarahkan Perak FC membayar pampasan sebanyak RM1.04 juta, bersamaan baki 16 bulan kontrak dengan gaji bulanan sebanyak RM65,000.
Pengerusi Mahkamah, D. Paramalingam, menyifatkan tindakan kelab menamatkan kontrak Lim pada pertengahan musim atas alasan prestasi sebagai tidak wajar dan dipengaruhi kepentingan komersial, sedangkan kelab sedar akan cabaran besar dalam usaha membina semula pasukan.
“Mereka memecatnya sebelum beliau sempat membuktikan hasil kerja sepenuhnya,” ujar Paramalingam.
Mahkamah turut berkata bahawa Perak FC mengalami masalah kewangan sebelum pelantikan jurulatih berusia 61 tahun itu, dan tuntutan terhadap beliau dianggap tidak realistik memandangkan bajet pembinaan semula pasukan yang terhad.
Lebih mengejutkan, terdapat dakwaan bahawa pengurusan dan pemain pernah mengatur pemberontakan dalaman dengan menghantar aduan terhadap Lim secara rahsia pada tahun 2023.
Selepas pemecatan Lim, Yusri Che Lah dilantik sebagai jurulatih interim bagi meneruskan kempen Perak FC dalam saingan Liga Malaysia. Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Perak
#Bekas jurulatih Perak FC
#Lim Teong Kim
#pampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan