awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak FC mohon maaf pada peminat selepas tersingkir daripada Liga Super

Bernama
Bernama
05/09/2021
10:26 MYT
Perak FC mohon maaf pada peminat selepas tersingkir daripada Liga Super
Jumaat lepas, skuad bimbingan Mohd Shahril Nizam Khalil itu sah tersingkir ke Liga Premier selepas tumpas 1-2 kepada Melaka United dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. - Facebook Perak The Bos Gaurus
IPOH: Perak FC memohon maaf kepada penyokong dan peminat The Bos Gaurus kerana gagal mempertahankan rekod untuk kekal bersaing dalam kancah bola sepak Liga Super musim hadapan.
Pengurus Besar Perak FC Azman Noh berkata, pihaknya turut merasai kekecewaan itu dan lebih perit ia berlaku sempena sambutan 100 tahun pasukan pada tahun ini.
"Saya telah cuba melakukan sebaik mungkin untuk mempertahankan rekod sebagai satu-satunya pasukan yang belum pernah jatuh daripada Liga Super sejak diperkenalkan pada 2004.
"Peristiwa yang terpahat dalam sejarah Perak FC ini membawa 1,001 makna kepada pasukan, paling mustahak ia merupakan satu pengajaran paling bermakna untuk kita bangkit," katanya melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Perak FC, hari ini.
Jumaat lepas, skuad bimbingan Mohd Shahril Nizam Khalil itu sah tersingkir ke Liga Premier selepas tumpas 1-2 kepada Melaka United dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat.
Kekalahan itu juga menyaksikan The Bos Gaurus kini berada di kedudukan kedua tercorot daripada 12 pasukan yang bertanding dengan mengumpul 13 mata hasil tiga kemenangan, empat seri dan 14 kekalahan.
Azman berjanji Perak FC akan bangkit selain meletakkan sasaran untuk muncul juara Liga Premier sekali gus kembali bersaing dalam kancah Liga Super pada musim berikutnya.
Katanya, proses penswastaan sepenuhnya juga akan dilakukan oleh Perak FC bagi membentangkan hala tuju pasukan dengan terperinci untuk jangka masa pendek serta panjang, dalam masa terdekat.
"Ayuh kita sama-sama bangkit dengan lebih bergaya kerana ini bukan pengakhiran bagi Perak FC sebaliknya permulaan untuk sesuatu yang lebih hebat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#The Bos Gaurus
#Perak FC
#Liga Super
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan