Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan menyerahkan sumbangan serta faedah caruman kepada balu bekas jurulatih pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota, Mohamad Izuan Ibrahim yang meninggal dunia pada 23 Disember lepas.
Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata, penyerahan faedah caruman itu melibatkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 dan Faedah Pencen Penakat yang bakal diterima setiap bulan oleh balu Allahyarham Mohamad Izuan, Siti Marshytah Mohamad, 41.
"Faedah caruman itu diberikan selepas pihak kami membuat semakan dan mendapati Allahyarham Mohamad Izuan mencukupi syarat kelayakan tuntutan Pencen Penakat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Penyerahan Cek Bayaran Faedah FPM dan Pencen Penakat kepada balu Allahyarham Mohamad Izuan Ibrahim di kediamannya di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini hari ini. Hadir sama, Presiden Persatuan Badminton Kelantan Dr Naharuddin Hashim.
BACA: Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia
BACA: Ibu terkenang perangai arwah Izuan
Nora berkata, di bawah skim pencen ini Siti Marshytah akan menerima pencen penakat Allahyarham secara bulanan sebanyak RM1,787.50 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaunnya bermula dari tarikh kematian Allahyarham.
"Bayaran pencen ini akan dibayar sepanjang hidup balu Allahyarham ataupun sehingga anak-anak mereka mencapai umur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah sarjana muda pertama sekiranya anak-anaknya melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
"Pihak kami berharap, dengan adanya pencen secara bulanan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu balu Allahyarham dalam meneruskan kesinambungan hidup selepas kehilangan tempat bergantung apatah lagi balunya adalah suri rumah sepenuh masa ketika ini," katanya.
Nora berkata, pihaknya juga menasihatkan kepada semua Persatuan Sukan Negeri dan badan-badan sukan negeri agar mencarum jurulatih dan kakitangan mereka kepada Perkeso.
"Kakitangan yang layak dicarum adalah wajib dicarum dengan Perkeso tanpa sebarang alasan, demi menjaga kebajikan kakitangan serta keluarga mereka sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik menimpa mereka," katanya.
Sementara itu, Dr Naharuddin berkata beliau berterima kasih kepada Perkeso kerana mengambil langkah proaktif dengan menyegerakan untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham.
"Kehilangan Allahyarham sangat dirasai khususnya buat PBK, kerana beliau amat dikagumi malah beliau pernah berjasa dalam menaikkan nama persatuan disebabkan jasa-jasa beliau.
Pihak PBK juga telah melancarkan tabung bagi meringankan beban balu Allahyarham dan akan disampaikan dalam waktu terdekat," katanya.
Mohamad Izuan, 35, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini disebabkan pendarahan serebrum. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang berumur antara 4 tahun hingga 9 tahun.
Allahyarham Mohamad Izuan sebelum ini tular selepas Jepun muncul Juara Piala Thomas pada 2014 kerana pernah menjadi jurulatih Kento Momota ketika masih remaja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 13 2020
Mohamad Izuan, 35, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian disebabkan pendarahan serebrum. - Gambar fail
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.