awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlukah saya masukkan Kun?, tanya Sampaoli kepada Messi

Israr Khalid
Israr Khalid
28/06/2018
04:08 MYT
Perlukah saya masukkan Kun?, tanya Sampaoli kepada Messi
Sampaoli sudah hilang pengaruh sehingga perlu minta nasihat Messi. - Foto REUTERS/Sergio Perez
PASUKAN Argentina berjaya menyelamatkan maruahnya selaku finalis edisi lalu dan juara dunia dua kali apabila menundukkan Nigeria 2-1, sekaligus melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan D.
Ledakan Lionel Messi pada minit ke-14 mencetus semangat kebangkitan La Albiceleste, namun gol penyamaan dari titik penalti Nigeria yang dijaringkan Victor Moses sepuluh minit selepas bermula babak kedua menyentak Argentina sebelum Marcos Rojo menjadi wira meledak gol penentu di lewat permainan.
Drama hebat melanda kem Argentina bermula selepas mereka diikat 1-1 oleh pendatang baharu, Iceland pada perlawanan pembukaan sebelum diratah Croatia 3-0, membangkitkan ura-ura mengatakan yang para pemain hilang percaya kepada jurulatih, Jorge Sampaoli dan merancang ‘rampasan kuasa’ untuk memilih barisan mereka sendiri.
BACA: Messi dan Argentina masih hidup, terima kasih Rojo!
BACA: Argentina menang, Maradona pula masuk hospital
Lima pertukaran dibuat pada kesebelasan utama menentang Super Eagles, dengan Gonzalo Higuain kembali ke jentera serangan dan Willy Caballero digantikan Franco Armani untuk menjaga gawang buat kali pertama di pentas Piala Dunia.
Apa yang menarik perhatian adalah ketika perlawanan berlangsung, Sampaoli dilihat tidak berkuasa penuh terhadap pasukan malah meminta nasihat Messi sama ada perlu untuk memasukkan Sergio Aguero ketika kedudukan terikat satu sama di separuh masa kedua.
"¿Lo pongo al Kun?" - Sampaoli asks Argentina head coach Lionel Messi whether he should sub on Kun. A few minutes later Aguero is brought on...#ARG ##albiceleste #WorldCup pic.twitter.com/1N6mGhUcxz
— Gilles (@GrimandiTweets) June 27, 2018
Sampaoli dilihat memekik dari sisi padang kepada Messi dengan berkata “Lo pongo al Kun?” yang bermaksud “Perlukah saya masukkan Kun (Aguero)?”
Tidak lama selepas itu Aguero masuk menggantikan pertahanan kiri, Nicolas Tagliafico, membolehkan Marcos Rojo berganjak ke kiri dan kemudiannya menjaringkan gol kemenangan Argentina.
Messi memberi kata dua kepada rakan sepasukan sebelum bersama melangkah masuk padang untuk menyambung aksi di separuh masa kedua. - Sumber: FIFA
Messi memberi kata dua kepada rakan sepasukan sebelum bersama melangkah masuk padang untuk menyambung aksi di separuh masa kedua. - Sumber: FIFA
Selalunya para pemain berarak kembali ke padang untuk separuh masa kedua dengan membawa pesanan jurulatih dari bilik persalinan, tetapi nampaknya pada lewat petang Selasa itu Messi mengambil alih peranan tersebut.
Ketika Sampaoli sudah lebih awal berada di sisi padang menanti sepak mula separuh masa kedua, para pemain kekal di terowong dan mengerumuni Messi yang menyampaikan amanat sebelum mereka bersama melangkah masuk ke padang.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Jorge Sampaoli
#Lionel Messi
#Nigeria
#Piala Dunia
#Piala Dunia AWANI
#Raya Bola 2018
#Sergio Aguero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan