awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permulaan mudah Aifa Azman di Kejohanan Individu Asia

Bernama
Bernama
15/12/2021
14:50 MYT
Permulaan mudah Aifa Azman di Kejohanan Individu Asia
Juara baharu skuasy Terbuka Malaysia, Aifa Azman memulai kempennya dalam Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan dengan aksi cemerlang hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Juara baharu skuasy Terbuka Malaysia, Aifa Azman memulai kempennya dalam Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan dengan aksi cemerlang hari ini.
Pemain ranking 36 dunia itu dengan mudah menundukkan Fathoum Issadeen dari Sri Lanka, 11-5, 11-5, 11-4 dalam masa 12 minit untuk melangkah ke perlawanan seterusnya berhadapan Tong Tsz Wing dari Hong Kong, esok.
Tsz Wing sebelum ini mengetepikan saingan pemain tuan rumah, Saima Shaukat, 11-5, 11-3, 11-0.
Pada masa sama, pemain muda negara Noor Ainaa Amani Ampandi menewaskan dengan mudah Zynab Khan dari Pakistan, 11-5, 11-2, 11-0 untuk berdepan pemain pilihan utama dari Hong Kong Liu Tsz Ling yang menewaskan seorang lagi wakil tuan rumah, Noor ul Huda, 11-4, 11-3, 11-3.
Sementara itu, wakil negara Mohammad Syafiq Mohd Kamal yang ketinggalan dalam dua set pertama tidak menggoyahkan semangatnya untuk bangkit mengatasi Ammar Al-Tamimi dari Kuwait, 5-11, 5-11, 11-6, 11-2, 11-4 dalam kategori lelaki.
Mohamad Syafiq bakal berhadapan pemain Pakistan, Muhammad Asim Khan yang mendapat bai dalam perlawanan pusingan pertama.
Seorang lagi pemain Malaysia, Addeen Idrakie juga mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan pemain Sri Lanka Shamil Wakeel, 11-5, 11-8, 11-6 untuk bertemu Yip Tsz Fung dari Hong Kong selepas pemain pilihan kelima itu diberikan bai dalam pusingan pembukaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aifa Azman
#kejohanan individu asia
#Islamabad
#Pakistan
#Fathoum Issadeen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan