awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Bolasepak Palestin gesa kemudahan sukan Palestin dilindungi

Bernama
Bernama
28/12/2023
07:46 MYT
Persatuan Bolasepak Palestin gesa kemudahan sukan Palestin dilindungi
PFA mengutuk tindakan Israel itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas dan menggesa campur tangan segera untuk menangani situasi itu. - Foto FB AFC
RAMALLAH : Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) menggesa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, FIFA, AFC, dan badan-badan lain yang berkaitan supaya mengambil langkah-langkah segera terhadap pencabulan melampau Israel terhadap Stadium Yarmouk di Gaza.
PFA dalam satu kenyataan mengutuk tindakan Israel itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas dan menggesa campur tangan segera untuk menangani situasi itu.
Gesaan itu dibuat berikutan tindakan tentera Israel menjadikan Stadium Yarmouk sebagai pusat tahanan orang awam yang ditangkap, di mana mereka diseksa dan disoal siasat di kemudahan berkenaan.
"PFA menyeru untuk melindungi kemudahan-kemudahan sukan Palestin dan mengutuk tindakan Israel terhadap Stadium Yarmouk di Gaza.
"Ia pelanggaran yang jelas dan secara langsung terhadap Piagam Olimpik, serta semua undang-undang dan konvensyen benua dan antarabangsa," menurut kenyataan dari Agensi Berita Palestin (WAFA).
Ia menggambarkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada serangan Israel yang lebih meluas terhadap pergerakan belia, sukan, dan pengakap di Palestin yang mengakibatkan lebih seribu anggota pergerakan itu terbunuh, cedera, atau dilaporkan hilang semasa pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.
Stadium Yarmouk, antara stadium tertua Palestin telah menjadi tumpuan utama selepas pencerobohan tentera Israel ke wilayah itu.
PFA telah mengutuskan surat-surat segera bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh penggiat sukan di Palestin akibat tindakan tentera pendudukan Israel.
Surat-surat ini telah ditujukan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan semua persekutuan sukan antarabangsa, benua, dan serantau, termasuk Persekutuan Antarabangsa dan Asia, Persekutuan Sukan Solidariti Islam, Kesatuan Persatuan Bolasepak Arab, dan semua persekutuan kebangsaan.
Surat-surat itu juga menyeru agar siasatan antarabangsa dimulakan segera ke atas jenayah Israel terhadap sukan dan atlet di Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Bolasepak Palestin
#FIFA
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#pencabulan Israel
#Stadium Yarmouk
#Gaza
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan