awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persembahan terburuk Arsenal - Arteta

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2024
02:40 MYT
Persembahan terburuk Arsenal - Arteta
Bukayo Saka terjatuh selepas dicabar pemain lawan Joao Palhinha ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Fulham di stadium Craven Cottage, London, 31 Dis 2023. (Foto AP)
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan para pemainnya mempamerkan prestasi terburuk mereka musim ini ketika tewas 1-2 kepada Fulham di laman lawan pada Ahad sekali gus memberikan tamparan kepada usaha mereka untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arsenal kini hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga terakhir mereka dan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu EPL, Liverpool.
"Kami tidak cukup bagus. Kami turut tewas dalam perlawanan (menentang West Ham) ketika kami berhak sepenuhnya untuk menang dan hari ini kami tidak berada di tahap yang hampir sama.
"Perlawanan ini adalah berbeza kerana ia adalah prestasi terburuk musim ini," katanya.
Kekurangan kualiti di bahagian serangan menjadi kelemahan utama dalam skuad Arteta yang mungkin menghalang mereka daripada memenangi kejuaraan liga pertama dalam tempoh 20 tahun.
Tetapi Arsenal juga mengekalkan hanya satu rekod tanpa bolos dalam lapan perlawanan pada bulan Disember.
Arteta menolak cadangan yang dia perlu untuk mengukuhkan lagi skuadnya dalam jendela perpindahan Januari.
Bagaimanapun, dia memberi amaran kepada pemainnya bahawa kegagalan untuk tampil lebih baik dalam perlawanan akan datang bakal meranapkan usaha mereka untuk menyingkirkan Manchester City sebagai juara.
"Jika kami bermain seperti kami bermain dalam 19 perlawanan lain, kami akan berada di sana (menang liga). Jika kami bermain seperti hari ini, kami tidak akan berada di mana-mana. Hari ini adalah hari yang sangat sukar untuk diterima," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Arsenal
#Fulham
#Mikel Arteta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan