awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM300,000 untuk 1,000 atlet Pahang

Bernama
Bernama
22/12/2023
22:00 MYT
Peruntukan RM300,000 untuk 1,000 atlet Pahang
KUANTAN: Kerajaan Pahang menyalurkan peruntukan RM300,000 kepada 1,000 atlet di bawah inisiatif Pahang Pride Athlete tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli Mohamad Kamal berkata bayaran RM300 secara sekali beri itu diberikan kepada atlet yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam mahupun luar negeri.
"Pahang Pride Athlete merupakan usaha sama antara kerajaan negeri dengan Majlis Sukan Pahang (MSP) yang dimulakan tahun lepas dan akan diteruskan pada tahun hadapan.
"Ia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kegigihan serta pengorbanan atlet yang bersungguh-sungguh berlatih bagi mencapai sasaran selain mengharumkan nama negeri di persada dunia," katanya.
Fadzli berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Pahang Pride Athlete di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.
Fadzli berkata selain insentif berkenaan, terdapat tiga lagi inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan negeri bagi meningkatkan kebajikan atlet dan jurulatih.
Beliau berkata ia termasuk menaikkan elaun bulanan atlet daripada RM100 kepada RM250 bermula tahun depan dan menaikkan gaji jurulatih sukan daripada RM1,500 kepada sekurang-kurangnya RM2,000.
"Ini bagi meningkatkan semangat mereka selain selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini," katanya.
Mengulas mengenai Tabung Pembangunan Sukan Pahang yang dilancarkan September lepas, Fadzli berkata mereka menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta dengan jumlah terkumpul setakat ini ialah RM600,000.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak syarikat atau individu tampil memberi sumbangan yang akan digunakan untuk pembangunan sukan di Pahang, dengan penyumbang boleh menikmati pengecualian cukai.
"Kutipan sedia ada juga akan digunakan sebagai persiapan kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang bagi menghadapi temasya itu di Sarawak tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet Pahang
#Pahang Pride Athlete
#insentif
#Fadzli Mohamad Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan