awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India

Bernama
Bernama
10/03/2025
23:40 MYT
Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Penduduk India meraikan kejayaan pasukan kriket negara mengalahkan New Zealand pada perlawanan akhir kriket 'Champions Trophy', di Ahmedabad, India, 9 Mac 2025. REUTERS
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat individu cedera manakala banyak kenderaan dan kedai dibakar semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India di negeri Madhya Pradesh pada Ahad malam.
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, yang sebelum ini dikenali sebagai Mhow, kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Beberapa kumpulan tempatan telah menganjurkan "perhimpunan kemenangan" bagi meraikan kejayaan India menewaskan New Zealand dalam aksi final kejohanan kriket "Champions Trophy" di Dubai pada Ahad.
Pergaduhan tercetus selepas perarakan itu tiba berhampiran Masjid Jama dan seseorang didakwa membaling mercun ke dalam masjid ketika solat Tarawih sedang berlangsung, menurut laporan media tempatan.
Polis telah menahan 13 individu atas tuduhan melakukan kebakaran dan keganasan, dan keadaan kini "terkawal", lapor agensi berita PTI pada Isnin, memetik pentadbiran tempatan.
Keganasan oleh perusuh juga dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di bandar berkenaan.
India menewaskan New Zealand dalam aksi final kejohanan kriket 'Champions Trophy' di Dubai pada Ahad. - REUTERS
India menewaskan New Zealand dalam aksi final kejohanan kriket 'Champions Trophy' di Dubai pada Ahad. - REUTERS
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kriket
#rusuhan
#India
#Champions Trophy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan