awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Sukan dan FAM guna pendekatan diplomasi - Khairy

Bernama
Bernama
01/12/2015
00:31 MYT
Pesuruhjaya Sukan dan FAM guna pendekatan diplomasi - Khairy
KHAIRY: Soal masa depan FAM adalah satu lagi proses yang berasingan supaya tiada tindakan diambil terhadap Malaysia oleh FIFA. -Gambar fail
Keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah bagi mengelak badan induk bola sepak negara itu dikenakan hukuman lebih berat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Pesuruhjaya Sukan Malaysia Datuk Zaiton Othman dan FAM menggunakan pendekatan diplomasi supaya tidak menjejaskan kedudukan Malaysia dan pasukan negara dalam kejohanan antarabangsa.
"Ada perkembangan di sebalik apa sedang berlaku...tidak perlu saya ceritakan di sini. Tetapi Pesuruhjaya Sukan telah mengambil pendekatan membuat beberapa teguran termasuk aspek keselamatan dalam stadium semasa perlawanan menentang Arab Saudi.
"Soal masa depan FAM adalah satu lagi proses yang berasingan supaya tiada tindakan diambil terhadap Malaysia oleh FIFA.
"Saya percaya keputusan dibuat itu akan membawa kepada perkembangan positif dalam masa yang singkat," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Kementerian Belia dan Sukan, di sini pada Isnin.
Namun, Khairy berkata FAM perlu mengambil kira strategi untuk pembaharuan terhadap prestasi skuad kebangsaan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan pada Isnin, mengesahkan pihaknya menerima surat daripada Zaiton pada Jumaat lepas, berhubung tindakan di atas insiden kekecohan penonton ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lepas.
Menurut surat tersebut, badan induk bola sepak negara itu diarah mengambil tindakan segera menambah baik sistem kawalan dan keselamatan stadium.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Khairy Jamaluddin
#Pesuruhjaya Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan