PATHUM THANI: Kapten pasukan negara Mohamad Faisal Abdul Halim tidak menjangkakan Malaysia akan dibolosi sehingga tiga gol ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam tadi.
Mohamad Faisal berkata Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0 bagi menyingkirkan juara bertahan itu.
"Sudah tentu kita tak jangka tewas 3-0, bermain di Thailand kita hanya perlu seri 0-0 atau sekurang-kurangnya jaring satu gol tetapi inilah bola sepak, bukan rezeki kita dan kita dah cuba yang terbaik.
"Kalau di Stadium Nasional kita menang 1-0 tapi diserang berterusan, tapi di sini kita cuba atasi mereka (Thailand) tetapi gagal. Banyak lagi perlu dipelajari dan faham apa yang jurulatih Kim (Kim Pan Gon) nak sebenarnya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini, malam tadi.
Pada pertembungan itu, Gajah Perang mendahului menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda pada minit ke-19 sebelum pemain sayap Bordin Phala dan penyerang gantian Adisak Kraisorn, masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 dan ke-71.
Malaysia, juara 2010, tewas dengan keputusan agregat 1-3.
Thailand akan membuat perhitungan menentang juara dua kali, Vietnam, pada perlawanan final secara timbal balik Jumaat ini dan Isnin minggu depan.
Sementara itu, Mohamad Faisal percaya sekiranya skuad yang beraksi pada kempen Piala AFF kali ini dikekalkan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, Malaysia mampu mengikut jejak langkah Thailand dan Vietnam dalam mencipta kejayaan.
"Memang dua atau tiga tahun tempoh masa yang lama tetapi kita kena lihat juga pasukan Vietnam dan Thailand - mereka duduk lama sehingga dua, tiga tahun baru nampak hasil, tidak mudah dalam masa sebulan kita nak dapat kejayaan," kata pemain sayap Selangor FC berusia 25 tahun itu.
Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala AFF 2022 ini diperkuatkan oleh kebanyakan muka baharu selepas kira-kira 14 pemain utama tidak dapat menyertai atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.
Pencapaian mara ke separuh akhir kali ini menyaksikan Malaysia memperbaiki rekod tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan pada edisi lepas, yang juga membawa kepada keputusan bekas Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim menghantar bola ke kotak penalti pasukan Thailand pada aksi perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat. - Foto BERNAMA

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Biden ikrar akan beri bantuan sehingga pulih
Presiden Joe Biden berikrar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan kawasan yang musnah akibat puting beliung kembali pulih.

Ribut pasir melanda Baghdad
Ribut pasir yang kuat melanda Baghdad, iraq pada Jumaat, mengurangkan jarak penglihatan bagi penduduk yang tinggal di ibu kota.

Tze Yong mahu cipta 'magis' di Dubai
Beliau sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan BAC 2023 selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara
Beliau bagaimanapun menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.

Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.

Kami tidak dapat bertanding tanpa pemain - Pan Gon
Malaysia tewas 0-3 kepada juara bertahan Thailand dalam separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini malam tadi, sekali gus kalah 1-3 berdasarkan agregat.

Titik permulaan kami ke Piala Asia 2023 - Sharul Nazeem
Segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual pada Januari 2024.

Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.