awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia 2022: PM ucap tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan

Bernama
Bernama
01/06/2022
03:53 MYT
Piala Asia 2022: PM ucap tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia.
Menerusi catatan di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata, skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi harapan negara untuk memenangi perlawanan akhir 'Super 4' Piala Asia 2022, malam ini.
"Kita berjaya ke perlawanan akhir setelah menewaskan Jepun 5-0 malam tadi. Malam ini kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat jitu berdepan pencabar kita.
"Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama ini," katanya.
Perdana Menteri turut melahirkan harapan skuad 'Speedy Tigers' dapat membuktikan Malaysia mampu menggegar Asia.
Semalam, Malaysia berjaya membenam Jepun 5-0 pada kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, sekali gus mengesahkan slot ke final. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Asia 2022
#skuad hoki lelaki kebangsaan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan