awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Malaysia ikat Korea Selatan dalam perlawanan terakhir

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2024
14:19 MYT
Piala Asia: Malaysia ikat Korea Selatan dalam perlawanan terakhir
Malaysia pulang dengan satu mata berharga dalam saingan Piala Asia. - Gambar Reuters/Thaier Al-Sudani
KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan cabaran Piala Asia 2023 dengan keputusan seri kepada Korea Selatan, pada Khamis.
Dalam perlawanan terakhir kumpulan E , Malaysia mempamerkan semangat luar biasa apabila berjaya bangkit selepas ketinggalan dua kali untuk seri 3-3 dengan gergasi Asia itu.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Faisal Halim pada minit ke 51 manakala Arif Aiman menyempurnakan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke 62.
Gol ketiga Malaysia hadir pada masa tambahan menerusi jaringan Ramel Morales.
Korea Selatan pula memperoleh gol menerusi Jeong Woo-yeong pada minit ke 21, sebelum Lee Kang-in menjaringkan gol kedua pada minit ke 83 dan Son Heung-min menerusi sepakan penalti juga pada masa tambahan.
Keputusan seri ini bermakna Harimau Malaya pulang dengan satu mata berharga dalam saingan Piala Asia, sekali gus berpeluang memperbaiki ranking.
Terdahulu, Malaysia tewas 0-4 kepada Jordan, sebelum tewas kepada Bahrain menerusi gol tunggal yang dijaringkan pada masa kecederaan.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Piala Asia
#Korea Selatan
#gol tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan