awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Cabaran: Kelantan United belasah Kelantan FC tanpa belas

Astro Arena
Astro Arena
18/09/2023
23:30 MYT
Piala Cabaran: Kelantan United belasah Kelantan FC tanpa belas
Tugas berat menanti The Red Warriors dalam aksi timbal balik di Stadium Muhammad IV dalam tempoh dua minggu lagi. - Stadium Astro
KELANTAN UNITED 7 KELANTAN FC 0
Kelantan United menambah aib Kelantan FC musim ini dengan kemenangan 7-0 pada Isnin.
Enam pemain mencetak nama selaku penjaring dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Cabaran itu selepas pemain import, Dominik Balic, membuka tirai gol pada minit ke-9.
Selepas itu, seorang lagi pemain import, Ismaheel Akinade, menambah derita 'pelawat' untuk menutup separuh masa pertama dengan 2-0.
Selepas permainan bersambung, gawang skuad kendalian Alfredo Vera itu dirobek tanpa belas kasihan oleh musuh setempat termasuk dalam Liga Super berkenaan menerusi penyudah Indra Putra Mahayuddin, Faiz Nasir, S Sharvin selain dua jaringan pantas Royizzat Daud dalam tempoh dua minit.
Justeru, tugas berat menanti The Red Warriors dalam aksi timbal balik di Stadium Muhammad IV dalam tempoh dua minggu lagi.
Sementara itu, PDRM beroleh kemenangan 2-1 ketika bertemu pencabar daripada Liga M3, Kuala Lumpur Rovers. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Cabaran
#Kelantan FC
#Kelantan United
#stadium muhammad IV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan