awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4

Bernama
Bernama
03/02/2025
21:50 MYT
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara dikalahkan Jerman 12-4 pada aksi pertama peringkat Kumpulan B di Porec, Croatia, 3 Feb 2025. - Foto Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara membuka kempen Piala Dunia 2025 dengan keputusan buruk, selepas dikalahkan Jerman 12-4 pada aksi pertama peringkat Kumpulan B di Porec, Croatia semalam.
Pemain Jerman Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira buat skuad juara dunia tiga kali itu, apabila masing-masing berhasil meledak empat jaringan untuk membantu pasukan memperoleh keseluruhan 12 jaringan, sekali gus memperoleh tiga mata pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Zatika.
Jerman di bawah kendalian Jan Rabente itu turut memperoleh empat lagi jaringan menerusi Paul Dosch, Alec von Schwerin, Anton Boeckel dan Max Silanoglu.
Keempat-empat jaringan Malaysia di bawah kendalian Rodzhanizam Mat Radzi pula masing-masing dihasilkan menerusi Abdul Khaliq Hamirin pada minit keempat dan minit ke-25, Muhammad Firdaus Omar pada minit ke-11 dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-23.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan B, menyaksikan Iran menewaskan Argentina 5-3.
Keputusan itu menyaksikan Jerman kini berada di tangga teratas carta Kumpulan B dengan tiga mata diikuti Iran, manakala Argentina dan Malaysia masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat tanpa sebarang mata.
Malaysia selepas ini dijadual berdepan Argentina pada hari ini dan Iran (6 Feb).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Hoki Dalam Dewan
#Jerman
#Malaysia
#hoki dalam dewan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan