awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Lebih 120 ditahan susulan 'keganasan perkauman' di Perancis

Bernama
Bernama
15/12/2022
20:32 MYT
Piala Dunia: Lebih 120 ditahan susulan 'keganasan perkauman' di Perancis
Penyokong Perancis meraikan kejayaan pasukan negara mereka di Arc de Triomphe selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Perancis dan Maghribi, di Paris, 14 Dis 2022. (Foto AP)
PARIS: Lebih 120 orang ditahan susulan "keganasan perkauman" di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 dengen mengetepikan Maghribi pada Rabu.
Kira-kira 10,000 pegawai polis dikerah di seluruh Perancis ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku rusuhan termasuk 5,000 anggota ditempatkan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor Agensi Anadolu.
Penyokong Maghribi berdepan serangan secara lisan dan fizikal daripada beberapa kumpulan ketika meraikan kemenangan Perancis itu.
Sekurang-kurangnya 115 orang ditahan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor media tempatan.
Keganasan turut dilaporkan berlaku di bandar utama lain seperti Lyon, Nice dan Montpellier.
Kelihatan gas pemedih mata dilepaskan berdekatan Arc de Triomphe dan jalan Champs Elysees di Paris ketika penyokong Perancis meraikan kemenangan pasukan negara dalam separuh akhir Piala Dunia, 14 Dis 2022. (Foto AP)
Kelihatan gas pemedih mata dilepaskan berdekatan Arc de Triomphe dan jalan Champs Elysees di Paris ketika penyokong Perancis meraikan kemenangan pasukan negara dalam separuh akhir Piala Dunia, 14 Dis 2022. (Foto AP)
Ahli Parlimen Perancis Thomas Portes mengutuk "serangan yang dirancang" dan "keganasan perkauman" itu.
"Kita hampir dengan tragedi. Kita mesti bertindak," tulisnya di Twitter.
Seorang lagi Ahli Parlimen Antoine Leaument berkata: "Tindakan bersifat perkauman adalah jenayah dan menyeru agar pelaku dihukum mengikut undang-undang Perancis."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#piala dunia qatar
#Perancis
#keganasan perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan