awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: 'Anda telah melakar sejarah bola sepak' - Macron ucap tahniah kepada Maghribi

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2022
01:10 MYT
Piala Dunia Qatar: 'Anda telah melakar sejarah bola sepak' - Macron ucap tahniah kepada Maghribi
Macron berada di Stadium Al Bayt ketika pasukan kendalian Didier Deschamps itu menewaskan Atlas Lions 2-0. -Reuters
DOHA: Presiden Perancis Emmanuel Macron mengucapkan tahniah kepada Maghribi susulan penampilan memberangsangkan pasukan itu dalam perlawanan yang cukup mendebarkan awal pagi tadi.
Menurut Macron, kemampuan pasukan Atlas Lions itu mengatasi lawan yang lebih gagah seterusnya mara ke peringkat separuh akhir telah membuka mata banyak pihak.
"Kepada rakan-rakan Maghribi kami, tahniah atas perjalanan yang indah ini.
"Anda telah melakar sejarah bola sepak," kata Macron di akaun Twitternya yang memaparkan gambar penyerang Perancis Kylian Mbappé memeluk rakan baiknya Achraf Hakimi dari pasukan kebangsaan Maghribi selepas perlawanan.
À nos amis marocains : félicitations pour ce beau parcours. Vous marquez lhistoire du football. pic.twitter.com/lupE7pgq0z
— Emmanuel Macron (@EmmanuelMacron) December 14, 2022
Presiden Perancis itu berada di Stadium Al Bayt di mana pasukan kendalian Didier Deschamps menewaskan Atlas Lions 2-0, dengan gol daripada Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani.
"Rakan senegara kita memerlukan sedikit kegembiraan; sukan dan bola sepak khususnya menyediakannya.
"Saya berasa jauh lebih baik sekarang berbanding sejam setengah yang lalu."
IKUTI RANGKUMAN BERITA PIALA DUNIA 2022 DI SINI
"Kami telah banyak bersusah payah tetapi akhirnya kita melihat pasukan yang hebat.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih dan pasukan ini yang sebenarnya merupakan gabungan beberapa generasi dan itulah yang kehebatannya.
"Deschamps ada di sini, dengan usaha dan bakatnya. Kami membawa kembali piala dan sudah tentu Deschamps perlu kekal.
"Pasukan Perancis ini buat saya berasa sangat bangga," kata Macron.
Merci les Bleus. Maintenant, la Coupe ! pic.twitter.com/KKZcHlmlJs
— Emmanuel Macron (@EmmanuelMacron) December 14, 2022
Maghribi mencipta kejayaan sebagai pasukan Arab pertama mara ke suku akhir dan pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir.
Maghribi mempunyai peluang untuk menjadi negara Afrika pertama mara ke final Piala Dunia sebelum dikecewakan Perancis.
Pasukan Les Bleus itu kini bersedia untuk menjadi pasukan pertama berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Dunia dalam tempoh 60 tahun pada Ahad ini.
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Emmanuel Macron
#Didier Deschamps
#Atlas Lions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan