awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: AS ketepikan Iran untuk layak ke pusingan kalah mati

Bernama
Bernama
30/11/2022
04:09 MYT
Piala Dunia Qatar: AS ketepikan Iran untuk layak ke pusingan kalah mati
Hasil kemenangan ke atas Iran, AS berada di tangga kedua Kumpulan B, dan akan menentang pemenang Kumpulan A, Belanda dalam pusingan 16 Sabtu ini.- Foto AP
DOHA: Amerika Syarikat menewaskan Iran 1-0 menerusi jaringan tunggal Christian Pulisic sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Al Thumama pada Selasa, lapor Xinhua.
Iran, tidak pernah mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia dalam lima percubaan sebelum ini, memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk memperoleh empat mata sebelum meneruskan kemaraan.
Gol pembukaan berlaku pada minit ke-38 apabila pemain sayap Chelsea, Pulisic berjaya menjaringkan gol hasil hantaran lintang Sergino Dest dari sebelah kanan.
Tim Weah juga hampir menambah kemenangan AS apabila beliau menjaringkan gol pada lewat separuh masa pertama sebelum dinafikan oleh video bantu pengadil (VAR) kerana ofsaid.
Iran menggandakan asakan mereka apabila Saman Ghoddos membuat hantaran silang tetapi melencong terkena tiang pada minit ke-52.
Pada minit terakhir, AS mempertahankan serangan lawan dengan lebih baik. Kemenangan satu gol memastikan mereka mendapat tempat ke pusingan 16 terbaik manakala Iran sekali lagi gagal mara.
Hasil kemenangan ke atas Iran, AS berada di tangga kedua Kumpulan B, dan akan menentang pemenang Kumpulan A, Belanda dalam pusingan 16 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#Amerika singkir Iran
#pusingan kalah mati
#Christian Pulisic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan