awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Pele dalam keadaan stabil di hospital

Astro Arena
Astro Arena
04/12/2022
02:15 MYT
Piala Dunia Qatar: Pele dalam keadaan stabil di hospital
Menurut Hospital Israelita Albert Einstein, Pele menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan jangkitan pernafasan dan keadaannya stabil dalam tempoh 24 jam terakhir. - Foto Astro ARENA
PELE dikatakan dalam keadaan stabil di hospital Sao Paulo, awal pagi tadi, di sebalik kebimbangan mengenai kesihatan juara Piala Dunia tiga kali itu.
Walaupun tidak disahkan secara rasmi, laporan memetik bahawa, pemain legenda berusia 82 tahun itu telah dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan kemoterapi.
Penjaring termuda Piala Dunia itu dimasukkan ke hospital Rabu lalu dan sehari kemudian anak perempuannya berkata "tiada kejutan atau kecemasan" sambil menjelaskan Pele sedang menjalani rutin bulanannya.
Bagaimanapun, laporan daripada akhbar Folha de Sao Paulo berkata keadaan Pele kini makin uzur.
Pele menjalani pembedahan bagi merawat barah usus tahun lalu dan sejak itu dia sering berulang-alik ke hospital.
Hospital Israelita Albert Einstein kemudian mengeluarkan kemas kini ringkas tentang keadaan kesihatan Pele.
Pray for the King @Pele
— Kylian Mbappé (@KMbappe) December 3, 2022
Walaupun tidak merujuk secara khusus adakah Pele sedang menerima rawatan rapi, hospital itu menerusi satu kenyataan berkata: "Edson Arantes do Nascimento telah dimasukkan ke Hospital Israelita Albert Einstein bagi penilaian semula (program) rawatan kemoterapinya untuk barah usus yang dikenal pasti pada September 2021.
"Beliau masih menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya kekal stabil."
Hospital itu berkata Pele juga telah menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan jangkitan pernafasan dan keadaannya stabil dalam tempoh 24 jam terakhir.
Topic Berkaitan
#Pele
#Piala Dunia
#unit rawatan rapi
#kanser usus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan